Royal Selangor Pewter

Tarikan Percuma

(1 review)

Ini kilang pengeluar pewter terbesar di dunia. Ada galeri, ada workshop kalau anda nak cipta pewter anda.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
30 min – 1.5 jam
Harga Tiket
Percuma
Lokasi
4, Jalan Usahawan 6, Setapak Jaya, 53300, Kuala Lumpur

tripadvisor 2024 travellers choice award.
Tripadvisor Traveller's Choice AwardNo. 6 Top Attraction in Asia

JENAMA BERSEJARAH

Taraf Antarabangsa

Ditubuhkan pada tahun 1885, Royal Selangor Pewter bermula sebagai sebuah kedai kraf kecil.

Hasil utamanya dulu — perkakasan sembahyang masyarakat Cina berasaskan timah.

Tetapi kemudiannya berkembang di bawah sokongan penjajah British.

royal selangor pewter

royal selangor pewter

KILANG BARANG MEWAH

Depan Mata

Bila anda sampai sini, anda akan belajar tentang sejarah syarikat, tengok koleksi kraf berasaskan pewter kat muzium persendirian mereka dan didedahkan kepada cara pembuatan barangan pewter.

Anda akan tengok proses penggilapan, pematerian, mengetuk dan mengukir pewter sampailah kepada proses pembuatan barang kemas.

Barang kemas kat sini jenis mewah berjenama Selberan.

Harganya memang tahap golongan T20 kebanyakannya.

Bengkel Pewter

royal selangor pewter Nak tengok pandai ke tak anda jadi tukang?

Pemilik Royal Selangor ada bengkel yang dinamakan ‘School of Hard Knocks‘. Ini bengkel membuat barangan pewter selama 1 jam untuk pengunjung yang berminat nak belajar seni kraf pewter.

Dengan hanya beberapa alat mudah (tukul, acuan kayu dan pengikis), anda akan diajar oleh tenaga berpengalaman.

Bolehlah tengok samada anda pandai nak membentuk, mengikis, menggilap sampailah membungkus mangkuk pewter anda sendiri.

Saiz kumpulan maksimum yang dibenarkan adalah 50 orang, dan sekurang-kurangnya 5.

Jadi kelas ini perlu ditempah terlebih dahulu.

Tapi kalau sekadar nak masuk ke galerinya tak ada masalah pun.

Boleh juga ikut tour ke Selangor Pewter ini.

Siap dengan makan, bengkel, dan kenderaan pergi balik.

Tiket Selangor Pewter

Harga Promo (Kelas)

Tiket Promo Online
Kadar Diskaun
4%Tempah
Selangor Pewter0%Tempah

Harga Tiket Walk-In

Harga Tiket (RM)DewasaKanak2
GaleriPercumaPercuma
Workshop School of Hard Knocks7575
Foundry180180
Harga dikemaskini sehingga : 2 Jan 2024

1 review utk Royal Selangor Pewter

5.0
Berdasarkan 1 review
5 bintang
100
100%
4 bintang
0%
3 bintang
0%
2 bintang
0%
1 bintang
0%
1-1 dari 1 review
  1. Masuk ke muzium percuma. Boleh minta nak ada guide atau tak kt kaunter depan.

    Saya buat tempahan awal melalui laman web dan dapat Vasanth sebagai guide kami. Very versatile, penceritaan beliau sepanjang perjalanan sangat menarik, tanya je banyak2 Vasanth jawab 😁

    Sepanjang lawatan sangat menarik, rasa mcm kejap je tapi semua pameran sangat mengkagumkan.

    Hujung sekali, ada kafe dan kedai menjual segala barangan berasaskan pewter. Harga agak mahal bagi saya, tapi barang2 dia semua cantik2 dan eksklusif.

    Klu berkesempatan, sangat digalakkan utk menyertai kelas ketuk2 (hard knocks) harga RM70 seorang. Pengajar En Azree sangat baik dan teliti orangnya.

    Beliau tunjukkan satu2 dan bagi ulasan hasil kerja kita. Dapat bawa balik mangkuk pewter, sijil, dan apron 😁👍🏼

    (0) (0)
Masukkan ulasan
Royal Selangor Pewter Royal Selangor Pewter
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)