Cheong Fatt Tze
Rumah ini dahulunya dimiliki oleh Cheong Fatt Tze — seorang Cina yang dikenali sebagai Rockefeller Timur.
Beliau seorang usahawan, ahli politik dan kapten industri. Beliau meninggalkan China pada umur 16 tahun dan berhijrah ke Asia Tenggara untuk mencari kekayaan.
Beliau bermula sebagai budak pengangkut air.
Tapi, berkat usaha gigih dan nasib baik ber-mentorkan bapa mertua yang kaya dan berpengaruh, beliau akhirnya mengumpul kekayaan amat besar di kawasan Timur dunia.
Beliau bukan sahaja memiliki sejumlah bank-bank, kilang cermin, ternakan dan tekstil, akan tetapi adalah antara orang yang bertanggungjawab membuka laluan kapal Amerika dan China.
Rumah ini cuma salah satu daripada sejumlah besar rumahnya di seluruh dunia.
Beliau meninggal dunia di Jakarta dengan meninggalkan 8 isteri yang rasmi dan sejumlah gundik-gundik di serata pelosok dunia.
Tips Pengunjung
Jika anda tidak menginap di hotel ini, anda hanya boleh masuk ke sini dengan mengikuti lawatan ber-pemandu Penang Heritage Trust.
Kalau tak berjaya menginap atau mengikut lawatan berpandu, beli tiket muzium peranakan Penang untuk masuk ke rumah tycoon Peranakan Penang Penang sebagai alternatif ke Cheong Fatt Tze.
Waktu Lawatan
11:00 pg / 2:00 ptg Durasi: 45 min
Review
Jadi yang pertama beri review