Rumah Mode

Bagi kaki shopping, memang tidak sah ke kota Bandung jika tidak berkunjung ke Rumah Mode (dibunyikan sebagai moh-day) di Jalan Setiabudi ini.

tempat shopping best kat bandung - rumah mode

Terkenal sebagai antara Factory Outlet Store wajib tuju, Rumah Mode terkenal kerana ia bukan sahaja mempunyai kedai-kedai yang menjual barangan berjenama antarabangsa (seperti Boss, Armani dan Burberri) tetapi juga lengkap dengan restoran dan taman indah beserta kolam dan air terjun kecil.

Sesak Dengan Orang Ramai

Tapi jika anda mengharapkan ketenangan di Rumah Mode, anda silap tempat. Oleh kerana tempat ini adalah ikon FOS di Bandung, ia penuh dengan pemburu barangan berjenama yang rela bersesak-sesak. Pakaian juga diatur semaksima mungkin sehingga mereka yang membawa troli anak kecil mungkin bermasalah menelusuri lorong-lorong yang dipenuhi pelanggan dan rak pakaian.

Harga barangan berjenama di sini mungkin tidak semurah Factory Outlet Store yang lain di Bandung dan barangan di dalamnya ada yang diragui ketulenannya. Namun begitu, kebanyakan pakaian di sini tidak dibuang labelnya seperti di kebanyakan FOS lain.

Jika anda tidak punya banyak masa untuk berbelanja, Rumah Mode mempunyai pelbagai barangan untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak, dari hujung rambut ke hujung kaki. Selesai berbelanja, anda boleh mengurut kaki dan menjamu selera di bawa satu bumbung.

Jika bajet anda kecil, kunjungi juga Rumah Mode untuk bergambar dan melihat pesta mengosongkan akaun bank beramai-ramai oleh manusia dari seluruh pelusuk dunia.

Tips Kunjungan

Jika boleh, elak Rumah Mode pada hujung minggu atau waktu cuti umum. Menunggu masuk ke bilik persalinan dan beratur di kaunter pembayaran sahaja boleh membuang banyak masa anda.

Jika anda sukakan satu-satu pakaian, ambil dan jangan fikir untuk kembali ke bahagian yang sama lagi. Jika tidak, pakaian yang anda suka hampir pasti disambar pelanggan lain yang ramai.

Datang awal.

Waktu Operasi

9pg – 9mlm

Kredit : Panoramio,  Apple101, HerbalTree