Isi Kandungan :
Di sini anda akan dapat melihat rumah beliau dan basikal yang beliau gunakan sewaktu kecil. Dikatakan, basikal ini terputus breknya kerana beliau kerap membrek sambil menyanyi.
Di rumah kayu yang dibina oleh ayah dan bapa saudaranya ini anda akan dapat melihat baju-baju beliau, bilik tidurnya dan peti besi yang digunakan oleh keluarganya untuk menyimpan pakaian mereka.
Foto dan barangan beliau lain di letak di ruang utama manakala ruang yang lain di buat agar ia kelihatan seperti waktu beliau kecil.
Tempat ini juga menyeronokkan untuk dibawa anak kecil. Bukan apa, anda boleh menunjukkan mereka jamban zaman dahulu yang di letak di belakang rumah. Mereka pasti geleng kepala tak percaya.
Untuk mereka yang tidak tahu, seniman agung Tan Sri P. Ramlee meninggal dunia muda. Umur beliau ketika itu hanya 44 tahun dan beliau meninggal kerana serangan jantung pada tahun 1973.
Harga Tiket
Percuma
Peta Ke Sini

Kredit : wahidayatulaswa.blogspot.my