Rumah Panjang Annah Rais

RM190.00

Datang ke kawasan ini kalau anda nak tahu bagaimana kehidupan moden di sebuah rumah panjang.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
5-6 jam
Harga Tiket
Harga pakej bermula dari RM 190 dewasa dan RM 130 kanak-kanak
Jarak dari Kuching
60 km / 1.5 jam
Lokasi
No. 9, Kupo Saba, Kampung Annah Rais Longhouse, Jln Borneo Height, 93250, 93250 Kuching, Sarawak

Add to Cart
annah rais @catcitykuching
Rumah Panjang Annah Rais
RM190.00

KAUM BIDAYUH

Terkenal Di Sarawak

Rumah Panjang Annah Rais cukup terkenal di Sarawak.

Pertama, sebab anda tidak perlu masuk jauh ke dalam hutan untuk datang ke sini.

Kedua, anda boleh tengok sendiri kehidupan moden kaum Bidayuh yang sekarang telah beradaptasi dengan hidup moden.

Kat kawasan ini ada lebih kurang 80 ke 100 keluarga hidup bersama-sama.

Rumah panjang ini hebat sebab bayangkan manusia seramai ini ditampung oleh bangunan yang hanya diperbuat daripada kayu, buluh dan rotan.

Bila anda masuk ke sini anda akan nampak orang-orang tua menyiapkan tikar mengkuang, orang perempuan menumbuk padi, atau orang tua duduk bersantai depan rumah minum kopi.

rumah panjang annah rais
Kredit : kakiglob

PELUANG KEEMASAN

Kehidupan Headhunter

Beratus tahun dahulu, orang luar macam anda mungkin tak dapat masuk kawasan ini.

Bukan apa, orang Bidayuh ini termasuk kumpulan headhunter.

Jadi orang luar yang dapat masuk pun, masuk dengan kepala saja.

Badan dah tertinggal kat mana-mana.

Pakej Annah Rais

Harga Promo

Tiket Promo Online
Kadar Diskaun
0 %Tempah

Harga Pakej

Harga Tour (RM)DewasaKanak2
Separuh Hari190130

Cara Ke Sini

Rumah Panjang ini 60 kilometer dari Kuching (1 jam 30 min perjalanan). Cara terbaik datang ke sini ialah dengan tour.

Tidur Kat Annah Rais

Kalau anda betul-betul nak merasa hidup orang Bidayuh anda boleh masuk ke sini dan tidur di homestay mereka.

Antara aktiviti yang boleh anda ikut termasuk berakit, belajar menyumpit, masuk ke hutan dan mandi di air terjun sampailah ke belajar menuai padi.

Maklumat lanjut anda boleh layari laman web Long House Adventure.

Ada Baruk

Rumah panjang ini masih ada baruk. Gunanya baruk ini ialah untuk menyimpan tengkorak musuh dan juga gendang perang mereka. Tapi disebabkan ianya satu perkampungan orang asal Sarawak, kami amat sarankan anda pergi dengan tour guide. Dengan ini anda takkan buat benda yang dianggap biadap, disebabkan anda tak tahu apa-apa tentang budaya mereka.

Review

Jadi yang pertama beri review

Masukkan ulasan
Rumah Panjang Annah Rais Rumah Panjang Annah Rais
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)