MERIAHKAN FEED IG
Bermacam Props
Kalau anda datang dengan famili, dan memang semua kaki fotografi atau suka post gambar kat IG, tempat ini antara tempat kena pergi.
Rumah terbalik kat Kuching ini ada 2 bilik.
Ada juga ruang tamu, bilik air, dapur dan bilik mencuci pakaian.
Jadi anda bukan sahaja boleh berposing terbalik masa tengok tv, tapi juga boleh konon bergambar buka peti ais dari atas siling.
Kalau anda datang seorang, anda boleh minta tolong staff rumah terbalik ini untuk tolong ambil gambar.
Tapi gambarnya mungkin tak sebaik yang anda mahu.


KEKURANGANNYA
Rumah Kecil
Masa yang anda bakal ambil biasanya dalam 45 minit, walaupun tak ada time limit untuk anda lepak bergambar kat sini.
Dan sebab lokasinya pun sekitar Kuching Waterfront, anda boleh layan sungai Kuching, Main Bazaar dan tarikan lain selain datang kat sini.
Masalahnya cuma satu.
Kalau anda datang dan kebetulan ada rombongan 60 orang juga masuk sekali.
Memang tak bestlah sebab rumah ini kecil dan akan ada orang lain masuk frame nanti.
Review
Jadi yang pertama beri review