Tentang Tarikan Ini :
Penting: Tarikan ini telah ditutup. Maklumat di bawah hanya untuk tujuan rujukan sahaja.
Satu masa dulu, berduyun orang pergi Rumah Terbalik kalau ke Sabah. Tapi sekarang, rumah terbalik dah ada kat banyak negeri. Dan untuk orang KL, boleh datang ke Menara Kuala Lumpur.
Rumah ini 2 tingkat. Dan siap ada kereta Morris Minor lama yang juga dibuat terbalik kat perkarangan rumah.
Tapi hanya sebab ia dua tingkat, tak bermakna ia besar. Rumah ini kecil saja abang Pian oi.
Tapi ia rumah terbalik tertinggi kat Malaysia. Dan dibuat elok-elok dalam kawasan macam rumah, dan bukan dalam shoplot macam di Melaka dan tempat lain.
Kalau anda suka berposing, dan memang gigih upload gambar ke IG selang 2 jam, tempat ini dan tarikan bergambar lain (macam Muzium Selfie, Muzium Ilusi )mungkin okay. Sebab dengan perabut yang diletak terbalik kat siling, gambar anda boleh membuatkan follower kerajaan langit anda takjub.
Tapi kalau kali terakhir anda bergambar ialah masa bersanding 5 tahun dulu, carilah alternatif lain kat Menara KL ini.
Tarikan Lain Sekitar Kawasan Ini
Disebabkan anda di Menara KL, anda boleh naik ke atas dan pergi ke dek tinjau, Skybox dan makan di restoran berpusing Atmosphere 360.
Kalau tak pun, anda boleh pergi ke Mini Zoo KL Tower.
Nak tarikan yang free? Boleh saja. Masuk ke hutan paling tua kat tengah KL — iaitu KL Tower Eco Park di Menara KL ini nanti.
Rumah Terbalik Lain di Malaysia
Selain dari yang kat Menara KL, ada rumah terbalik lain di Melaka, Langkawi, dan Sabah.
Harga Tiket
Harga Tiket Walk-In | Dewasa (RM) | Kanak-Kanak |
---|---|---|
Warganegara | 19 | 14 |
Beli Tiket Murah Tarikan Ini | ||
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 2 Jan 2023 |
Waktu Operasi
Setiap Hari : 9 pg – 10 mlm
JomJalan Seluruh KL