Ada Promo Online!

Rumah Terbalik Sabah

Original price was: RM12.00.Current price is: RM10.60.

Nak tengok rumah terbalik pertama di Malaysia? Ini tempatnya bang.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
30-45 min
Harga Tiket
Harga tiket bermula dari RM 12 dewasa dan RM 6 kanak-kanak (warganegara)
Jarak Dari Kota Kinabalu
35 km / 45 min
Lokasi
Kampung Telibong, Batu 21, Jalan Telibong, Tamparuli, Sabah.

Add to Cart
rumah terbalik sabah kereta
Rumah Terbalik Sabah
RM12.00 Original price was: RM12.00.RM10.60Current price is: RM10.60.

DULU POPULAR

Sekarang Biasa

Satu masa dulu rumah terbalik cuma ada di Sabah.

Dan kalau orang bercuti ke Kota Kinabalu memang tak sah kalau tak singgah di rumah terbalik ini โ€” sebab ia satu-satunya di Malaysia dan juga Asia Tenggara.

Cumanya sekarang dah ada beberapa rumah terbalik di Malaysia. Contohnya di KL Tower, Melaka, Port Dickson, dan Langkawi.

Jadi dengan adanya saingan lain rumah terbalik Sabah ini terpaksa berinovasi.

rumah terbalik sabah

rumah terbalik sabah

IKUT TEMA

Buah dan Perayaan

Bila waktu durian tempat ini ada pameran durian, bila musim Beyblade mereka juga aktif menganjurkan pertandingan.

Yang menariknya bila musim perayaan rumah terbalik Sabah ini akan di dekorasi mengikut perayaan waktu itu.

Tiket Rumah Terbalik Sabah

Harga Promo

Tiket Promo Online
Kadar Diskaun
10%Tempah

Harga Tiket Walk-In

Harga Tiket (RM)DewasaKanak2
Rumah Terbalik
Warganegara126
Pelancong Asing186
Muzium 3D
Warganegara2315
Pelancong Asing3315
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 4 Jan 2024

Muzium 3D

Rumah terbalik Sabah ini juga ada muzium 3D.

Tapi ia istimewa sebab ia muzium 3D yang mempunyai lukisan 3D unik untuk Sabah.

Jadi kalau anda nak bergambar dengan headhunter Sabah, bergayut dengan orang utan atau menari dengan tarian buluh Sabah, bolehlah berposing kat sini.

Cuma muzium 3D ni bayaran masuknya berasingan dari tiket ke rumah terbalik.

Kalau anda tak sempat membeli cenderamata untuk pulang di sini juga ada kedai kecil menjual kraf untuk anda beli buat kawan office.

Kalau ada yang mahu belajar memasak makanan etnik Borneo mereka juga ada kelas memasak untuk anda. Tapi harganya tak murah ya.

Tarikan Berdekatan

Tempat ini dalam perjalanan ke Gunung Kinabalu dan Kiulu.

Jadi Kalau anda ingin ke Taman Kinabalu atau layan river rafting di Kiulu anda boleh singgah ke sini dalam perjalanan pulang.

Review

Jadi yang pertama beri review

Masukkan ulasan
Rumah Terbalik Sabah Rumah Terbalik Sabah
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)