Tentang Tarikan Ini :
Satu masa dulu rumah terbalik cuma ada di Sabah.
Dan kalau orang bercuti ke Kota Kinabalu memang tak sah kalau tak singgah di rumah terbalik ini — sebab ia satu-satunya di Malaysia dan juga Asia Tenggara.
Cumanya sekarang dah ada beberapa rumah terbalik di Malaysia. Contohnya di KL Tower, Melaka, Port Dickson, dan Langkawi.
Jadi dengan adanya saingan lain rumah terbalik Sabah ini terpaksa berinovasi.
Bila waktu durian tempat ini ada pameran durian, bila musim Beyblade mereka juga aktif menganjurkan pertandingan.
Yang menariknya bila musim perayaan rumah terbalik Sabah ini akan di dekorasi mengikut perayaan waktu itu.
Muzium 3D
Rumah terbalik Sabah ini juga ada muzium 3D.
Tapi ia istimewa sebab ia muzium 3D yang mempunyai lukisan 3D unik untuk Sabah.
Jadi kalau anda nak bergambar dengan headhunter Sabah, bergayut dengan orang utan atau menari dengan tarian buluh Sabah, bolehlah berposing kat sini.
Cuma muzium 3D ni bayaran masuknya berasingan dari tiket ke rumah terbalik.
Kalau anda tak sempat membeli cenderamata untuk pulang di sini juga ada kedai kecil menjual kraf untuk anda beli buat kawan office.
Kalau ada yang mahu belajar memasak makanan etnik Borneo mereka juga ada kelas memasak untuk anda. Tapi harganya tak murah ya.
Tarikan Berdekatan
Tempat ini dalam perjalanan ke Gunung Kinabalu dan Kiulu. jadi Kalau anda ingin ke Taman Kinabalu atau layan river rafting di Kiulu anda boleh singgah ke sini dalam perjalanan pulang.
Harga Tiket
Harga Tiket Walk-In | Dewasa (RM) | Kanak-Kanak (RM) |
---|---|---|
Rumah Terbalik | ||
Warganegara | 12 | 6 |
Pelancong Asing | 18 | 6 |
Beli Tiket Murah Rumah Terbalik | ||
Muzium 3D | ||
Warganegara | 23 | 15 |
Pelancong Asing | 33 | 15 |
Beli Tiket Murah Muzium 3D | ||
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 4 Jan 2024 |
Waktu Operasi
Setiap Hari : 7pg – 7ptg