Tentang Tarikan Ini :
Macam biasa, ini satu lagi port shopping kaum hawa.
Cuma bezanya strawberry kat sini lebih besar dari kebanyakan tempat kat Cameron ini.

Kredit : errynuzu
Jadi anda boleh jumpa strawberry gred A untuk bawa balik nanti.
Dan kalau nasib baik ada juga strawberry putih (atau pineberry) untuk cuba sekali.

Kredit : angel.ng.98
Kalau ikut pengalaman ramai, strawberry kat S Corner ini lazimnya lebih segar buahnya.
Jadi selepas bawa turun dan di rumah dalam beberapa hari pun buah masih elok lagi.

Kredit : umi
Beli Cendawan
Satu lagi yang buat ia berbeza dari tempat menjual sayur dan strawberry lain kat sini ialah S Corner juga ada cendawan yang berwarna warni.

Kredit : happiestmom2
Tak kisahlah samada anda nak bawa makan atau saja datang untuk tengok, ia antara kelainan tempat ini.

Kredit : fahmi_xray
Tips
- Kawasannya kat tepi selekoh tajam. Dan laluannya memang macam bentuk S. Sila lebih hati-hati untuk keluar masuk kat sini.
- Strawberry Point ataupun S Corner merujuk kepada tempat yang sama.