SEA Aquarium ini bakal buat anda menganga.
Sebab penyelam-penyelam hebat dunia pun mengaku yang ini aquarium terlengkap di dunia dan ada spesies hidupan marine terbanyak bawah satu bumbung.
Bila dah sampai, anda bukan saja boleh tengok ikan lumba-lumba, ikan pari dan groupers, tapi jeng! jeng! jeng! sampai lebih 200 ekor jerung.
Senang cerita, Sealife Malaysia dengan Aquaria KLCC memang kalah dibandingkan dengan yang ini.
Apa yang buat aquarium ini lagi menarik, kawasan pameran pun dibahagikan kepada beberapa kawasan — dari haiwan akuatik di Kepulauan Jawa sampai ke kawasan Selat Melaka. Jadi walaupun anda tak tahu apa-apa pasal laut, anda boleh faham habitat dengan jenis binatang yang ada di satu-satu kawasan laut.
Tapi kan, sebab tempat ini memang popular sangat kat Singapura ini, bersedialah untuk bersesak-sesak kalau anda datang masa musim cuti atau perayaan.
Tips Pengunjung
- Beli tiket SEA Aquarium online. Senang, lebih murah dan tak perlu bersesak beratur kat kaunter tiket.
- Kalau boleh, lawat masa hari bekerja. Aquarium ini selalunya sesak pada Jumaat dan hujung minggu.
Harga Tiket
Dewasa (SGD) | Kanak-Kanak (SGD) | |
---|---|---|
Harga Tiket Walk-In | 41 | 30 |
Beli Tiket Murah SEA Aquarium |
Waktu Operasi
Setiap Hari : 10 pg – 7 malam
Teroka Singapora