ULUNG
Mencabar Nak Lawat
Ladang teh milik Sabah kini adalah satu-satunya ladang teh di kepulauan Borneo.
Tapi nak datang ke sini memang mencabar.
Pertama jaraknya cukup jauh dari Kota Kinabalu ( lebih 3 jam perjalanan).
Kedua, jalan nak ke sini pun penuh dengan lori besar dan jalannya sempit.
Dan yang ketiga, tak macam di Cameron, ladang Sabah tea ini panas bang!
Dan lokasinya ke depan lagi dari Taman Gunung Kinabalu.


GUNA PAKEJ
Penuh Aktiviti
Mungkin disebabkan ianya jauh, dan tidak secantik kawasan Kundasang, banyak syarikat tour tidak memasukkannya di dalam pakej mereka.
Tapi Sabah tea ada pakej pelancongan mereka sendiri, dan memang popular untuk kumpulan besar.
Dalam pakej mereka, anda boleh tidur di rumah panjang, merentas masuk hutan dan juga ambil tahu dan layan cara memproses teh di kilang mereka.
Review
Jadi yang pertama beri review