Sabandar Cowboy Town

RM10.00

[TUTUP SEMENTARA] Jom naik kuda kat kawasan ala koboi mini kat tepi paya bakau ini.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
1 – 2 jam
Harga Tiket
Harga tiket bermula dari RM 10 dewasa dan RM 5 kanak-kanak
Jarak dari Kota Kinabalu
40 km / 1 jam
Lokasi
Cowboy Town Sabandar Tuaran, Jalan Pantai Sahbandar, Sabah

Ditutup sementara / kekal

SAIZ MINI

Singgah Santai

Kawasan Sabandar ini dekat sahaja dengan kawasan perumahan kat Tuaran ini.

Dan ianya kecil sahaja.

Jadi kalau anda nak datang ke bandar ini khas untuk ke sini, mungkin tak berbaloi.

Tapi kalau anda sudah ke Rumah Terbalik, Kiulu atau jambatan Tamparuli, bolehlah singgah kalau anak anda merengek nak naik kuda.

sabandar cowboy town

sabandar cowboy town

TUNGGANG KUDA

Paya Bakau

Kat kawasan ini ada beberapa ekor kuda yang boleh anda dan anak tunggang.

Kalau tak mahu menunggang, anda juga boleh beri makan kuda atau tengok kuda dibersih dan dihias.

Tempat ini juga ada Bakau Park. Kawasan paya bakau ini ada platform kayu untuk anda masuk dan ambil angin dalam kawasan Sabandar ini.

Untuk mereka yang nak buat benda lebih (naik kayak, tengok kelip-kelip) anda boleh buat appointment dengan pihak Sabandar Cowboy Town.

Tiket Sabandar Cowboy Town

Harga Tiket Walk-In

Harga Tiket (RM)DewasaKanak2
Warganegara105
Pelancong Asing2010
ATV1010
Kelip-Kelip3528
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 10 Jan 2023

Tips Pelawat

  • Tempat ini 1 jam perjalanan dari Kota Kinabalu. Dan ia agak jauh dari jalan besar. Gunakan Waze kalau nak ke sini.
  • Beberapa minit dari sini ada pantai putih tempat lepak kuda-kuda sekitar sini. Kalau anda belum puas layan pantai kat Kota Kinabalu, boleh datang untuk piknik kat sini.
  • Waktu naik kuda ialah 8 pg – 11 pg dan 2 ptg – 5 ptg.