salahuddin bakery - kedai roti sedap JB

Gambar : Johor Kaki

Salahuddin Bakery

Roti old school di Salahuddin Bakery ini memang nostalgik. Jom layan karipap kambing sini.

Kedai roti ini antara yang paling tua di JB dan sudah lebih 75 tahun beroperasi. Jadi kalau rotinya tak terbaik, tak mungkin dapat bertahan.

Di sini, semuanya old school. Termasuklah saiz roti-roti dan pastrinya. Dan oven untuk membakar roti-rotinya pun oven kayu api lama tahun 1930an.

Bila dah ke sini, cuba karipap kambing Salahuddin Bakery. Kalau anda tak suka daging, ada roti kaya, roti kacang merah dan macam-macam lagi roti old-school untuk anda cuba.

Jangan balik dulu sebelum ke sini. Bukan saja sebab rotinya memang sedap, tapi tempat separa muzium ini mungkin pupus satu hari nanti huhu…

Peta Ke Sini

My location
Get Directions

Teroka Seluruh JB

Tempat menarik lain JB
Promo hotel, tarikan Johor
Layan kedai makan sedap JB