DEKAT TARIKAN
Dengan Pasar Seni
Kalau anda memang nak ke Pasar Seni, ini antara hotel murah yang ada sangat hampir dengannya.
Pasar Seni hanya kat sebelah hotel.
Dan kalau anda nak ke Chinatown, Masjid Jamek, Dataran Merdeka dan Bangunan Sultan Abd Samad serta Muzium Tekstil — pun bagus — sebab semuanya dalam jarak jalan kaki saja.


DEKAT TREN
2 Utk Dipilih
Lokasi hotel ini pun sangat strategik untuk anda yang nak explore KL dengan tren.
Ada 2 pilihan stesen tren.
Yang pertama ialah stesen LRT Pasar Seni. Dan yang kedua, stesen LRT Masjid Jamek.
Senang untuk anda ke sini sana dengan tren sahaja.
Dan kedua-duanya pun dalam jarak jalan kaki.
BILIK SELESA
Berbaloi Harganya
Gabungan reka bentuk klasik dan moden buat hotel ni rasa cozy – selesa tapi tetap ada vibe moden yang segar.
Bilik kat sini lengkap dengan peti keselamatan, meja tulis, dan minibar, walaupun saiz semua ni kompak je – cukup untuk keperluan asas.
Paling best, hotel ni ada pool kat rooftop – tak besar mana, tapi cukup untuk lepak sambil layan view bandar KL!
