Tentang Tarikan Ini :
Kalau Legoland dulunya cuma ada taman tema, kemudian ditambah taman air, sekarang Legoland juga ada aquarium bertaraf dunia dengan Sealife.
Sealife ini kalau anda nak tahu, brand aquarium yang ada 50 cawangan kat seluruh dunia. Dan Sealife paling besar kat Asia Tenggara ada kat Bangkok di Sealife Ocean World.
Baru saja dibuka untuk cuti sekolah pertengahan tahun 2019, nak masuk ke Sealife tak murah. Harga tiket memang lagi tinggi dari Aquaria kat KLCC.
Tapi kalau itu bukan masalah, boleh juga jenguk tempat ini masa bercuti kat JB ini.
Ocean Tunnel
Tak sah masuk oceanarium kalau tak ada terowong kaca dasar laut kan? Kat Sealife ini ada terowong sama yang dipanggil 180 degrees ocean tunnel.
Masuk dalam ini. Berdiri diam-diam, dan tengok superstar kat kawasan dalam ini — ikan jerung Black Tip yang terkenal pemalu dan selalunya susah nak didekat kalau dalam laut.
Apa Haiwan Lain Yang Ada Kat Sini?
Sealife Malaysia juga ada beberapa jenis kuda laut. Termasuklah spesies yang susah nak dapat macam jenis yang macam rumpai laut.
Binatang ini hampir nak pupus disebabkan diguna buat ubat Cina.
Bila dah datang, kena tengok binatang ini sebab dia unik. Mengapa? Sebab ini antara bintang pelik yang anaknya lahir dari bapanya.
Kata orang, bapa kuda laut hebat. Sebab pagi ini bersalinkan 2000 ekor anak, petang nanti boleh mengandung lagi. Steady bang!
Makan Kat Dalam Sealife
Masa PKP, Sealife ada juga buat makan untuk dua orang dalam kawasan tunnelnya. Boleh makan sambil tengok jerung berenang.
Dalam pakej makan 4 course ini, anda akan juga dapat tour kawasan Sealife secara VIP. Tapi kalau nak merasa makan kat sini, kena tempah awal. Kurang-kurangnya 3 hari sebelum ke sini.
Boleh call +607 597 8888 untuk tanya dan book.
Pegang Haiwan Laut kat Rockpool
Macam aquarium Sealife lain tempat ini juga ada haiwan laut yang boleh anak anda pegang.
Kalau setakat nak sentuh tapak sulaiman atau rasa lembiknya badan gamat, memang bukan masalah.
Superstar Lain
Selain kuda laut, tempat ini juga ada ikan pari, obor-obor dan juga jerung kuda belang yang juga antara bintang yang hampir pupus.
Pendek kata, dengan 11 tema dalam kawasan Sealife ini, memang puas lah kalau anak jenis suka duduk diam dan tengok lebih 10,000 ikan yang ada.
Harga Tiket
Harga Tiket Walk-In | Dewasa (RM) | Kanak-Kanak |
---|---|---|
Warganegara | 89 | 69 |
Beli Tiket Diskaun Sealife | ||
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 6 Jan 2023 |
Waktu Operasi
Setiap Hari : 10 pg – 6 ptg