Secret Garden Putrajaya

Tarikan Percuma

Ini port ambil angin malam-malam dan bergambar dengan lampu warna warni

Anggaran Masa Utk Aktiviti
30 – 45 min
Harga Tiket
Percuma
Lokasi
Taman Putra, Putrajaya

KAWASAN SANTAI

Untuk Keluarga

Satu masa dulu, Putrajaya sunyi bila malam dan cuma mall saja yang menunggu,

Tapi masuk tahun 2022, pusat pentadbiran ini pun dah ada kawasan santai malam-malam untuk keluarga.

Dan kalau kat Penang, ada taman Avatar kecil kat dengan tokong Cina, Putrajaya pun sekarang ada.

secret garden putrajaya

secret garden putrajaya

EXPLORE BERSAMA

Masuk Percuma

Bezanya, jauh lebih besar untuk explore sama-sama.

Memang anak kecil akan seronok dapat berjalan, berlari dalam suasana malam yang bercahaya.

Dan masuk percuma.

Tarikan

Bila mula pukul 7 malam, lampu-lampu sekeliling dan dalam taman akan mula menyala.

Pokok besar di sini akan ada lampu berjuntai ala avatar. Arca-arca pun mula bercahaya. Begitu juga monumen dalam kawasan.

Bolehlah berjalan kaki, ambil angin sambil exercise kat dalam taman yang lebih selesa ronda bila malam tiba.

Untuk santai-santai, anda mungkin habiskan masa dalam 1 jam di taman.

Bolehlah semua orang tidur lena.

Kalau tak larat jalan, ada kerusi sini sana dalam kawasan taman untuk lunjurkan kaki dan rehat seketika.

Disebabkan malam, anda kena berkereta.

Tapi jangan risau, parking senang dan ada kat sebelah taman saja. Tandas pun tersedia.

Lokasi

Ianya kat Taman Putra Perdana.

Kalau masa siang anda sudah layan tangga Putrajaya, anda sudah dalam kawasannya.

Masuk Kat Mana?

Ada 3 pintu masuk ke sini. Tapi nak senang datang, cari jalan ke hotel Pulse Grande. Pintu masuknya setentang dengan tangga yang naik ke hotel itu.

Waktu Operasi

Setiap Hari : 7 mlm – 10 mlm

Review

Jadi yang pertama beri review

Masukkan ulasan
Secret Garden Putrajaya Secret Garden Putrajaya
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)