Selangor Fruits Valley

RM20.00

(7 review)

Mak-mak! Jom layan dan beli pokok buah kat sini.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
2-3 jam
Harga Tiket
Harga tiket masuk bermula dari RM 20 dewasa dan RM 15 kanak-kanak (warganegara)
Jarak Dari KL
57 km / 1 jam 20 min
Lokasi
KM7, Jalan Batang Berjuntai, Batu Arang, Rawang, 45600 Berjuntai Bestari, Selangor

Add to Cart
selangor fruit valley hydrophonic
Selangor Fruits Valley
RM20.00

KENALI RUPA

Pokok Buah

Bagi anda yang sukakan pokok buah, ini tempat untuk anda lawat dengan family di Selangor.

Anda bakal tengok pokok kelapa pandan, nangka, manggis dan macam-macam buah tropika lain lagi.

Bolehlah anak dan anda kenal rupa pokok-pokoknya.

selangor fruits valley

selangor fruits valley

BUAH TROPIKA

Memetik Buah

Kat sini juga bolehlah acah peladang kejap.

Anda boleh petik buah nenas, dan kait kelapa kalau kuat.

Kalau tak, minum kelapa dalam ladang sajalah — best bila cuaca pun lit lit panas kat luar sana.

MENAIKI TRAM

Arnab & Rusa

Untuk anak, mereka boleh ke kawasan arnab dan rusa.

Boleh jenguk, dan beri makanan haiwan yang ada.

Apapun, jangan risau tentang saiz tempat ini.

Walaupun luas, ia ada tram yang ditarik traktor.

Anda akan naik ia untuk pusing kawasan Fruits Valley tanpa perlu penat jalan kaki.

selangor fruits valley

Tiket Selangor Fruits Valley

Harga Tiket Walk-In

Harga Tiket (RM)DewasaRemaja
Warganegara2015
Pelancong Asing4030
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 11 Jan 2024

Ambil Pakej

Untuk anda yang datang ramai, lebih baik ambil pakej. Sebab anda boleh dapat makan-minum, cenderamata, belajar buat telur masin dan bawa balik buah. Lebih completelah ceritanya.

Waktu Datang

Kami sarankan anda datang hujung minggu. Antara sebabnya ialah masa ini anda dapat rasa buah percuma. Dan masa ini pun ia ada jual anak pokok buah. Hari lain ia tak dibuka. Boleh pilih anak pokok sayur, buah nanas, pokok pisang dan lain-lain lagi kat nurseri sini.

Tips

  • Datanglah awal pagi. Sebab ia tutup pukul 2 ptg setiap hari.
  • Bawa topi. Takut balik hitam nanti.

7 review utk Selangor Fruits Valley

4.3
Berdasarkan 7 review
5 bintang
42
42%
4 bintang
42
42%
3 bintang
14
14%
2 bintang
0%
1 bintang
0%
1-5 dari 7 review
  1. Tempat sesuai untuk bawak anak2 sbb ada mini zoo dan parent pn bley beli buah2 fresh dan sayur2 fresh dengan harga yang murah. Staff kat sini pun friendly. Tahun ni dh 2 kali dtg ke sini. Kalo dapat tiket yg murah bley beli masa matta fair.

    (0) (0)
  2. Kawasan luas kene naik tram. Dapat buah free! Hampir sejam lebih jugak lah pusing2. Kalau bawak budak2 menarik sebab banyak haiwan!

    (0) (0)
  3. Sgt x rekemen dtg weekend sbb tlalu crowded..tram ok , view nice..haiwan sume comel2 .bg mknan utk rusa rm2.

    sesuai utk rombongan kanak2 sekolah.pelbagai jns buah2an dan sayur2an.mase terluang dlm tempoh 3jam.tandas pn bersih

    (0) (0)
  4. 1. Harga tiket Dewasa @ RM20 & Kanak2 @ RM15 (percuma pek buah – campuran nenas, belimbing)

    2. Waktu operasi
    Sabtu – Khamis (jumaat tutup) 9.00 am – 4.00 pm

    3. Kemudahan tram utk ke destinasi dengan penetapan masa oleh pihak SFV. X penat sgt berjalan kecuali satu tmpt kena jalan kaki sikit kalau x nak naik bot.

    4. Stop pertama (45 minit) – Eco bridge, ruang pameran (xda pameran), cafe, kiosk makanan, souvenir, animal garden utk berinteraksi dengan haiwan (rm5 sekali masuk sekali makanan haiwan), mini herba
    garden ( x berapa garden), landmark belimbing utk bergambar, selangor fruit valley landmark dpd atas

    5. Stop Kedua (5 minit) – taman rusa & burung unta. (rm2 utk makanan haiwan)

    6. Stop ketiga (30 minit) – taman arnab (blh gmbr), kandang ayam, kandang kambing, taman permainan, kiosk makanan & mini game mcm funfair (bayar ye ikut game)

    7. Stop keempat (depa tinggal hangpa kat sini) Jeti Keranji – water sport (bayar ikut jenis contoh kayak, speed boat), tiada kutip buah sepertimana dlm iklan, kiosk makanan (buah jambu), laman jambu mcm x dikemaskan, sini kena jalan kaki sikit ke depan lalu love bird (burung merpati) dlm 5-10 minit ke next stop ni je kena jalan

    8. Stop kelima – laman itik free masuk (makanan rm2), ada jual telur itik (rm6 -4 ketui), boleh buat telur itik juga (bayaran tambahan), kiosk mainan & paint ball (bayar)

    9. stop keenam – rumah kampung (cantik cuma bhgn dapur dia xda), kiosk lebah, surau, tempat makan (nasi grg masin sikit, cempedak grg, air kelapa, cendol dll makanan) sini kena makan kalo x lapar nanti, kandang kambing di belakang

    10. stop ketujuh – laman ikan, kasi makan ikan (bayar), kiosk makanan, boleh tangkap anak ikan kecil (bayar), memancing (bayar – tp xda sebab ikan x da sedih weh), blh beli ikan laga sini lawa rm15 sekor dlm balang.

    11. laman anggur x berenti, nurseri buah x berehenti dll kawasan ada x berenti mgkn baharu lagi.

    12. tiada penerangan dibuat semasa dlm tram berkenaan ladang2 tanaman ianya agak mengecewakan (tgk sendiri je la gitu)

    13. Kedai jual barangan seperti beras, gula, tepung dll (murah compare pasaran), kedai sayur (kurang memuaskan), kedai toy, kiosk makanan, nursery pokok

    14. Time naik tram best nampak kawasan ladang tanaman tp tempat stop lebih pada binatang dah mcm taman haiwan dan bayaran tambahan tu agak x menarik.

    15. Datang awal supaya x panas, sediakan payung / topi. kipas satu kelebihan supaya x panas.

    16. disebabkan x dpt mancing, tiada penerangan dan ada attraction kena bayar so kurangkan 1 bintang.

    (0) (0)
  5. Memang baguslah adanya SFV ni. Sesuai untuk seisi keluarga bersantai sambil menikmati kehijauan.

    Juga mengenali haiwan2 dari dalam dan luar negara.
    Ingatkan SFV ni khas untuk tumbuhan/khasnya buah2an saja. Sebab namanya SFV.

    Tapi sayang tak dapat makan atau ambik buah2an dari pokok. Teruja tengok pokok Pulasan. Nampak ada buah. Tapi tak banyak.

    Cumanya Semua tram khasnya yg berkepala “trakter” buat angkutan pengunjung kurang mesra warga emas juga OKU. Jenuh acik nak naik dan turun. Tinggi sangat. Sampai rumah kena makan Panadol dan ubat tahan sakit. Huhu.

    Apapun memang baguslah SFV.
    Ahad 1/9/24

    (0) (0)
Masukkan ulasan
Selangor Fruits Valley Selangor Fruits Valley
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)