Selfieria

RM22.00

Tarikan Langkawi ini ialah muzium khas untuk diva IG. Boleh OOTD sampai puas hati.

Penting
Update : Muzium ini telah ditutup mulai pertengahan Jun 2023. Info di bawah hanya untuk rujukan sahaja.
Anggaran Masa Utk Aktiviti
30-45 min
Harga Tiket
Harga tiket bermula dari RM 22
Lokasi
Oriental Village, Langkawi,

Ditutup sementara / kekal

UTK GEN-Z

Simpan Memori

Selfieria ini macam studio gambar.

Bezanya penuh prop untuk anda yang suka berselfie tersengih puas hati.

Ada beberapa kawasan yang anda boleh ber photoshoot kat sini. Kalau muzium 3D Art Langkawi ada lukisan, sini ada prop.

Ada teh tarik sebesar kerusi, ada kawasan tergantung marshmallow, ada juga ekor ikan atas kek. Pendek kata, propnya pelik-pelik yang dibuat untuk photoshoot majalah glamour.

selfieria
Kredit : genjz
selfieria
Kredit : nopalsams

ADA PENCUCI MULUT

Dan Prop Makanan

Bezanya kat sini anda boleh juga nak jamu selera percuma.

Ada 2 pencuci mulut dari Sang Kaya yang dah dikira sekali dengan tiket masuk Selfieria.

Boleh snap gambar tengah makan pencuci mulut ini β€” dari aiskrim gergasi sampailah ke air Tealive untuk hilangkan kering gusi.

Berbaloi? Tak, kalau anda jantan gagah yang benci publisiti.

Tapi kalau anda cik Siti yang asyik berselfie dan upload ke IG sebaik bangun pagi, Selfieria ini memang lah bakal jadi satu wonderful story.

Tiket Selfieria

Harga Tiket Walk-In

Harga Tiket (RM)Dewasa Kanak2
Warganegara2222
Pelancong Asing2727
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 3 Jan 2022

Di KL

Selfieria ini ini dulunya bernama Muzium Selfie di mall Fahrenheit 88, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Tapi ia ditutup dah hilang dari radar dekat 2 tahun, sebelum muncul kembali kat Langkawi.

Di Langkawi, ia dibina semula di Β Oriental Village dan dijenamakan sebagai Selfieria.

 

Review

Jadi yang pertama beri review

Masukkan ulasan
Selfieria Selfieria
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)