Aktiviti
Dalam kawasan Sepilok ini anda akan lihat bagaimana orang utan dipulihkan daripada cedera.
Anda jumpa akan tengok bagaimana anak-anak orang utan yang dirampas dari pemburu haram atau yang dijumpai terbiar di hutan dibesarkan oleh 37 orang kakitangan di Sepilok.
Setelah orang-orang utan ini mampu berdikari mereka dilepaskan semula ke dalam hutan berhampiran.
Orang orang utan dilepaskan bakal datang kembali ke Sepilok untuk makan. Dan anda boleh melihat mereka dari platform kayu yang dibina.
Bila anda kat sini anda bukan sahaja boleh melihat bayi orang utan, tetapi anda juga bakal melihat orang-orang utan yang separa jinak di dalam habitat mereka sendiri.
Cara Ke Sini
Untuk anda yang datang dari Semenanjung, airport terdekat dengan Sepilok ialah airport Sandakan.
Jarak dari airport ini ke Sepilok ialah sekitar 13 km.
Jika anda dari Kota Kinabalu, jalan darat untuk ke Sandakan ialah sejauh 320km atau sekitar 6 jam 30 min perjalanan.
Alternatif lebih pantas ialah dengan menaiki kapal terbang ( 1 jam 15 min).
Waktu Makan
Anda wajib ada di sini pada waktu memberi makan orang utan. Waktunya ada dua :-
Jadi pastikan anda berada di sini sebelum waktu waktu tersebut.
Waktu Operasi
Pagi : 9 pg – 11 pg
Petang : 2 ptg – 3:30 ptg
Penginapan
Kalau anda mahu ke sini, kami sarankan anda menginap di Sepilok Jungle Resort. Tempat ini cuma 5 minit dari Sepilok.
Dec 2022, cadangkan datang awal tgk orang utan makan, tp sayang xdpt masuk next station sebab ada pokok besar tumbang. D cadangkan tmn sepilok perlu upgrade
Tempat yang sangat menarik untuk melihat orang utan. Kebetulan waktu kami datang terdapat orang utan yang besar.. walaupun hari hujan. Pengunjung tetap setia menunggu..
Udara segar..banyak di pelajari nama2 pokok..sentiasa menyokong pemulihan flora n fauna terutama orang utan..dapat dedikasikan ytk generasi akan datang😉😉 …