Berbeza Suhu Kolam
Kat sini kolamnya ada beberapa tahap kepanasan.
Ada yang sesuai untuk rendam kaki dan ada kawasan khas yang suhunya sampai 90 darjah celcius yang khas untuk rendam telur rebus kat sini.
Jadi bolehlah anda layan air kat sini ikut keselesaan diri sendiri.
Kalau nak rebus telur, ada set yang boleh anda beli. Dan panduan merebus pun ada untuk anda ikuti.
Kolam Mandi Besar
Tapi selain kolam kecil untuk buat rendam kaki, tempat ini juga ada kolam yang luas untuk mandi. Memang ngam kalau mak ayah nak mandi manda dengan anak kecil sekali.
Kolam besar kat sini ada 2 jenis. Satu yang suhu suam-suam kuku, dan satu lagi jenis air sejuk. Jadi bolehlah anak-anak yang tak suka air suam, main slide dan berendam kat pool air sejuk pula.
Satu lagi, kalau anda bawa anak kecil di bawah umur 6 tahun, ada kolam randuk untuk anda bawa mereka main air tanpa risau dengan kedalaman kolam atau suhu air yang tak mesra baby.
Penginapan
Bagi anda yang nak merasa semua ini dan tak mahu bersesak dengan pengunjung lain, boleh tempah penginapan Felda Residence kat kawasan ini.
Ada villa besar untuk keluarga dan juga ada bilik hotel untuk yang datang berdua.
Untuk booking, boleh buat seawal 7 hari dari waktu anda tiba.
Rate bilik bermula dari RM 160 ke atas pada hari biasa.
Mini Zoo
Kalau anak sudah puas main air, boleh singgah kat sini sebelum balik.
Ada binatang dari meerkat sampailah ke arnab dan kambing.
Walaupun kebanyakan haiwan dalam pagar, ada tempat-tempat untuk beri makan beberapa jenis binatangnya.
Dan kalau anak nak naik kuda, ada kuda kecil untuk mereka.
Waktu Operasi
Setiap Hari : 8pg – 6 ptg *
* jika kolam dicuci, park akan ditutup. Info penutupan lazimnya diwar-warkan di laman FB mereka.
Kawasan peranginan ini luas.
Walaupun ramai pengunjung, masih selesa untuk menikmati masa bersama keluarga. tengok dari usia pokok landskap yang ada…
Kawasan ini telah lama… tapi dijaga dengan elok dan bersih.. Banyak kolam air panas untuk anda cuba.. nak rendam kaki.. nak berendam satu badan pun boleh… aliran air panasnya betul-betul panas… ingatkan suam2 je…
Kolam utamanya besar.. tapi bukan air panas…
Ada larangan membawa makanan dari luar… tapi sebenarnya boleh jer sorok2 bawak makanan… sebab makanan yang dijual dalam tempat ni mahal dan tak sedap… dah berendam confirm lapar…
Pergi masa weekend.memang ramai dan parking agak susah nak cari , last2 kena parking kat padang rumput,
Jauh jugak la nk berjalan masuk ke tempat beli tiket…nak masuk ke tempat mandi pun agak jauh…tapi once da masuk dalam tu best la anak2 seronok mandi…
Tempat luas dalam tu jenuh nak berjalan untuk mandi dari satu kolam ke kolam lain…tandas banyak tapi agak kotor sikit….
Makanan luar xdibenarkan…beli dalam tu je….bole repeat…
Tempat untuk beriadah bersama Family,
Best sebab ade kolam air panas, ada kolam untuk budak sekali, makanan dalam tu semua harga mampu milik, tandas bersih cuma seram sikit, nak rebus telur pon boleh
masuk kena bayar..
naik buggy ke kolam xsampai 3 minit pun kena cas lgi.
sampai kolam xde tempat duduk. xde payung.panas kejung. kerusi sewa pon bayar.
wakaf kecil kena cas rm50.
makan mahal..wau…potong tengkuk…👎👎
Kawasan ada potensi untuk tarik lagi ramai orang tapi kawasan under maintenance dan kotor.
Dari start masuk kawasan punca mata air panas dah penuh lumut, sampai dkt main area, main hot springs dan kids pool okay, tapi kolam2 sekitar kotor dan berlumut tebal. tengok kolam rebus telur tu lagi la tak lalu..