Shah Alam Extreme Park

Tarikan Percuma

Ini tempat layan skateboard, basikal BMX dan aktiviti panjat dinding kat Shah Alam.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
1 – 2 jam
Harga Tiket
Percuma
Jarak Dari KL
28 km / 40 min
Lokasi
Jalan Lompat Pagar 13/37, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor

TAMAN SIMEN

Syurga Skateboarding

Taman extreme Shah Alam ini tak berapa terkenal di kalangan orang luar.

Tapi untuk mereka yang minat skateboarding, ini antara syurga skateboarding waktu hujung minggu.

Taman simen ini luas.

Dan ia lokasi paling best di Shah Alam untuk anda asah skill anda sebab ia bukan saja ada pool tapi beberapa rail dan half pipes.

Yang nak memanjat pun boleh.

shah alam extreme park

shah alam extreme park

FASILITI LENGKAP

Senang Parking

Ada bongkah simen free standing kat sini yang boleh anda panjat kalau anda dalam group yang sukan sukan bouldering.

Parking kat sini senang. Sebab tempat letak kereta luas.

Bila lapar, KFC, Burger King dan Pizza Hut tak jauh mana.

Dan kalau masuk waktu solat, masjid dekat dan musolla ada.

Tips Pengunjung

  • Tempat ini panas. Bawa topi.
  • Lantai simen di sini sudah mula merekah. Jaga-jaga kalau bawa anak kecil kat sini. Lagi-lagi masa hujung minggu sebab selain lantai kurang cantik, kawasan ini penuh dengan skateboarders.
  • Aktiviti lain macam paintball dan futsal ada, tapi skate park adalah aktiviti yang utama.
  • Nak main go kart? City Karting 5 minit saja dari sini.

Review

Jadi yang pertama beri review

Masukkan ulasan
Shah Alam Extreme Park Shah Alam Extreme Park
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)