Tentang Tarikan Ini :
Ini roda pemerhatian paling besar kat dunia.
Anda bakal naik sampai 165 meter dari tanah, dan bakal layan pemandangan Helix Bridge, Marina Bay dan kota Singapura selama 30 minit.
Kalau anda datang masa perlumbaan kereta F1, anda boleh layan race ini dari atas kalau naik waktu malam.
Kalau anda masa honeymoon dan bank akaun pun sihat, apa kata anda tempah pakej makan malam romantis. Kat sini, anda bakal makan sambil dilayan seorang pelayan peribadi. Menu halal ada, tapi perlu tempah awal.
Kalau saat-saat akhir ahli keluarga anda geleng-geleng tak mahu naik, jangan risau.
Depa yang tak mahu naik Singapore Flyer boleh lepak kat spa kaki atau berjalan-jalan kat taman kecil di kaki tarikan ini.
Tips Pengunjung
- Datang waktu senja untuk pemandangan lebih romantik.
- Rajin-rajinlah ke laman web Singapore Flyer untuk melihat promosi terbaru sebelum datang ke sini. Mungkin ada promosi yang menjimatkan wang anda.
Harga Tiket
Harga Tiket | Dewasa | Kanak-Kanak |
---|---|---|
Pelancong Asing | 40 | 25 |
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 19 Jan 2024 |
Waktu Operasi
Setiap Hari : 8:30 pg -10:30 mlm