Isi Kandungan :
Penting: Tarikan ini telah ditutup. Maklumat di bawah hanya untuk tujuan rujukan sahaja.
Kalau anda tak mahu cuma jalan shopping barang rumah di IKEA, dan nak berseronok bawa kapal terbang kat kawasan the Curve, ini tempatnya.
Sky Simulator ini special. Sebab ia juga tempat bakal-bakal pilot bersimulasi sebelum mereka bekerja dengan syarikat penerbangan dunia. Dan kebanyakan pelatih/ instructor yang akan bantu anda mengendalikan kapal terbang adalah bakal-bakal pilot yang akhirnya bekerja dengan MAS, AirAsia dan Malindo Air.
Harga Lebih Murah
Sky Simulator juga lebih murah dari kebanyakan flight simulator yang ada kat Malaysia. Jadi kalau anda teringin nak jadi pilot, dan nak jimat duit sebab ini pengalaman pertama, boleh cuba kat sini.
Kat Flight Simulator ini, anda boleh bawa masuk 2 orang peneman,tapi cuma setakat pemerhati sahaja. Kalau mereka pun geram nak pegang itu ini, kenalah pi kat tempat lain.
Tempat yang boleh share guna simulasi kapal terbang ialah kat Flight Experience Bukit Bintang. Tapi harganya lebih mahal.
Harga Tiket
Go Flyer (15 minit) | Sky Flyer (30 minit) | Ultimate Flyer (60 minit) | |
---|---|---|---|
Harga (RM) | 98 | 180 | 280 |
Beli Tiket Diskaun Sky Simulator |
Tiket Diskaun
Waktu Operasi
Setiap Hari : 10:30 pg – 10:30 mlm