MULTI FUNGSI
Antara 2 Menara
Jambatan ini sebenarnya antara jalan keluar pekerja di menara KLCC kalau bangunan mereka terbakar atau ada kecemasan besar.
Kalau di tempat lain, tempat menyelamatkan diri selalunya kat padang bola atau tempat letak kereta.
Tapi kat KLCC, anda lari ikut jambatan, pergi ke menara sebelah.
Kalau anda nak rasa best ke tidak dan tengok canggihnya kelengkapan dalam bangunan ini, bolehlah datang dan berjalan kat atas Skybridge KLCC ini.


TERHAD
Kena Cepat
Orang luar yang tak bekerja kat sini, memang boleh layan panorama Kuala Lumpur dari jambatan Menara Berkembar KLCC ini.
Tapi wajib ada tiket.
Dan cuma 1,200 tiket dikeluarkan setiap hari. Anda kena berbaris/menempah untuk mendapatkan tiket sebelum 8:30 pagi kerana tiket selalunya habis sebelum pukul 11 pagi.
Wajib lawat jika anda tibe ke KLCC.
Tiket rm28 dewasa rm13.60 kanak2 3-12 tahun. Sebaiknya beli tiket dulu online sebab tiket cepat havis terutama weekend dan cuti umum.
Aktiviti yg boleh dibuat atas ni foto2. Pakej Dibawa ke Skybridge Level 41 naik juga level 83 ada galeri pasal twin towers, boleh tengok puncak menara twin towers.
Pemandangan dari skybridge ini kemana2 arah amat menakjubkan. Tidak rugi kalo naik. Nasihat saya ambil foto banyak2 itu saja.
1. Beli tiket online lebih mudah, walk in beratur lama.
2. Souvenir beli kat bawah, lebih banyak pilihan.
Dah boleh tick off dari my jalan-jalan list.
Kena book sebelum datang. The view memang cantik especially bila naik tingkat 86.
Masa di jambatan memang boleh rasa ia bergoyang.. tapi memang dibuat sebegitu untuk tahan lasak gegaran.