Tentang Tarikan Ini :
Penting: Tarikan ini ditutup sejak Covid. Belum ada info pembukaan semulanya.
Kalau hangpa dah cuba naik Menara Taming Sari tapi rasa tak puas, hangpa juga boleh naik SkyDeck kat Hatten city ini. Tingginya 195 meter, dan selain pusing tengok panorama, ada 4 tempat makan kat area ini.
Kat Skydeck ini juga, hangpa boleh pusing habis satu kawasan bangunan, jadi viewnya memang 360 darjah.
Dan lokasinya pun betul-betul kat dalam bandar Melaka. Jadi tak perlu payah nak travel keluar dan menghadap jem.
Skydeck ini juga dekat dengan Element mall, satu mall baru Melaka. Tapi sebab baru lagi, banyak kedai yang kosong.
Kalau hangpa nak naik Skydeck, tapi tak mahu bayar, boleh. Tapi syaratnya kena menginap kat dalam hotel Hatten. Barulah dapat naik ke Skydeck ni free.
Tips ke Skydeck @ Hatten City Melaka
- Datang pagi. Sebab kalau lambat, memang panas terik.
- Waktu paling best sudah tentunya waktu senja. Memang view cantik
- Kalau nak tempat yang lebih thrill, boleh pergi kat The Shore. Ada jambatan kaca.
Harga Tiket
Harga Tiket Walk-In | Dewasa (RM) | Kanak2 (RM) |
---|---|---|
Hari Biasa | 20 | 20 |
Hujung Minggu/ Cuti Umum | 25 | 25 |
Beli Tiket Murah Skydeck Hatten | ||
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 1 Ogos 2022 |
Waktu Operasi
Ahad – Khamis : 10 pg – 10 malam
Jumaat, Sabtu: 10 pg – 12 malam
Hotel Terbaik Berdekatan Skydeck
Kategori Hotel | Bandingkan Harga | |
---|---|---|
Casa Del Rio | Booking | Agoda |
Hotel Hatten | Booking | Agoda |
Doubletree Hilton | Booking | Agoda |
The Straits | Booking | Agoda |
Hotel Estadia | Booking | Agoda |
Hotel Moty | Booking | Agoda |
Hotel Arissa | Booking | Agoda |