Skydeck Hatten City

RM20.00

Untuk tengok panorama Melaka dari bangunan tinggi malam hari, ini tarikan malam di Melaka ini yang boleh dikunjungi.

Penting
Tarikan ini ditutup sejak Covid melanda. Belum ada info pembukaan semulanya.
Anggaran Masa Utk Aktiviti
30 – 45 min
Harga Tiket
Tiket bermula dari RM 20 (hari biasa)
Lokasi
Hatten Place Melaka, Jalan Melaka Raya 23, Hatten City, 75000 Melaka

Ditutup sementara / kekal

LAYAN VIEW

Ada Tempat Makan

Kalau anda dah cuba naik Menara Taming Sari tapi rasa tak puas, anda juga boleh naik SkyDeck kat Hatten city ini.

Tingginya 195 meter, dan selain pusing tengok panorama, ada 4 tempat makan kat area ini.

Kat Skydeck ini juga, anda boleh pusing habis satu kawasan bangunan, jadi viewnya memang 360 darjah.

Dan lokasinya pun betul-betul kat dalam bandar Melaka. Jadi tak perlu payah nak travel keluar dan menghadap jem.

skydeck hatten city

skydeck hatten city

ADA HOTEL

Layan Skydeck Sebagai Tetamu

Skydeck ini juga dekat dengan Element mall, satu mall baru Melaka. Tapi sebab baru lagi, banyak kedai yang kosong.

Kalau anda nak naik Skydeck, tapi tak mahu bayar, boleh.

Tapi syaratnya kena menginap kat dalam hotel Hatten. Barulah dapat naik ke Skydeck ni free.

Tiket Skydeck

Harga Tiket Walk-In

Harga Tiket (RM)DewasaKanak2
Hari Biasa2020
Hujung Minggu/ Cuti Umum2525
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 1 Ogos 2022

Tips Pelawat

  • Datang pagi. Sebab kalau lambat, memang panas terik.
  • Waktu paling best sudah tentunya waktu senja. Memang view cantik
  • Kalau nak tempat yang lebih thrill, boleh pergi kat The Shore. Ada jambatan kaca.

Review

Jadi yang pertama beri review

Masukkan ulasan
Skydeck Hatten City Skydeck Hatten City
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)