Tentang Tarikan Ini :
Penting : Status operasi tarikan ini tidak dapat dipastikan.
Dibuka untuk keluarga, Skyrides Park ini ada beberapa tarikan utama :-
Skyrides Balloon
Kalau anda nak naik belon udara panas seperti My Balloon Adventure tetapi gayat dan tidak poket pun tenat, cuba Skyrides Balloon.
Belon ini akan naik sehingga 150 m ke udara dan anda boleh melihat tarikan utama lain Putrajaya macam Masjid Terapung dan pejabat Perdana Menteri dari atas.
Jangan risau. Belon ini tidak akan naik lebih tinggi dari ini lagi sebab ia diikat ke tanah.
Sky Cruise
Gayat sangat naik belon? Tak mengapa, kita cuba pula tarikan air.
Dengan Sky Cruise anda boleh menaiki bot dan pusing-pusing di keliling tasik Putrajaya. Ada dua, tiga pakej kat sini — dari bersantai ringkas sehinggalah kepada makan malam romantis. Semuanya terpulang pada poket anda sahaja.
Sky Warrior
Kalau anda rasa badan anda cukup sasa, otot anda cukup kuat dan ego anda pun tak kurang tingginya, boleh lah cuba Sky Warrior.
Set ini dibuat seperti set Ninja Warrior mini untuk mereka yang sukakan rancangan TV Jepun itu. Tapi jangan lupa siapkan baju ganti — tak mahu balik macam tikus basah pula nanti.
Sky Kids
Anak-anak anda masih kecil? Belon terapung mungkin kurang sesuai. Tapi masih terdapat tempat untuk mereka bermain. Tempat bernama Sky Kids ini berbayar. Tapi ia masih ideal kalau anda sudah cukup letih dan mahu berehat walaupun sekejap.
SkyCruise
Bot dan perahu di Tasik Putrajaya juga dalam kawasan ini. Dan dipanggil Skycruise. Untuk harga dan info lanjut boleh tengok di Cruise Tasik Putrajaya.
Sky Demo & Sky Gallery
Ini tempat kraf untuk anda dan membeli dan melihat demonstrasi pakar membuat barang-barang cenderamata.
NOTA: Walaupun nama-nama di atas dan tarikan lain bermula dengan Sky, hanya belon sahaja berada di udara. Tarikan lain berada di tanah atau di air
Waktu Operasi
Isnin – Khamis & Ahad : 10 pg – 10 malam
Jumaat & Sabtu: 10 pg – 12 tgh mlm
Harga Tiket
Harga Tiket Walk-In | Dewasa (RM) | Kanak-Kanak(RM) |
---|---|---|
Tiket Masuk | Free | Free |
Skyrides Balloon | 45 | 35 |
Skywarrior | 35 | 35 |
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 4 Jan 2022 |