LAYAN PEMANDANGAN
Sampai Spore
Kalau orang KL boleh jalan atas kaca kat Skybox, orang Penang kat Rainbow Walk dan orang Melaka kat The Shore, masuk 2019, orang Johor pun boleh buat benda yang sama kat JBCC.


GLASS BRIDGE
Antara Tertinggi di JB
Tinggi jambatan kaca ini dari tanah adalah 149 meter.
Dan dari sini bukan saja boleh selfie tapi tengok suasana bandar JB sampai Singapura.
Tapi itu bukan highlightnya.
Yang menakutkan ialah anda boleh tengok kaki anda dan kecilnya orang dan kereta kat bawah akan ingatkan anda yang anda berada cukup tinggi dari tanah.
TARIKAN LAIN
OOTD
Kalau anda dah puas bergambar dan rasa angin kat jambatan, ada beberapa tarikan lain yang boleh anda cuba.
Ada VR dan juga terowong LED untuk anda lalu.
Bukan apa, jambatan kaca ini tak panjang. Kalau tak ada tarikan lain, akan terasa mahalnya berjalan kat situ.

Untuk harga yang dibayar, tidak banyak yang boleh diterokai di Skyscape di Johor Bahru. Ia pada asasnya hanyalah sebuah bangunan tinggi dengan ruang tontonan kecil di tingkat atas, di mana anda boleh melihat ke bawah lalu lintas melalui lantai kaca.
Walaupun pemandangannya menarik, ruangnya agak terhad, dan ia terasa kurang memberangsangkan.
Permainan VR yang ditawarkan adalah satu kekecewaan— ia tidak menambah banyak nilai kepada pengalaman itu.
Secara keseluruhannya, ini bukan sesuatu yang saya cadangkan jika anda mencari tarikan yang berbaloi.”
Beli tiket online sehari sebelum. Pada hari kejadian, hujan turun. Tak dapat jalan atas glass di luar sebab licin. Tiket tetap harga sama. Jadi digalakkan tengok ramalan cuaca sebelum beli tiket untuk naik ke atas.
Suasana yg baik
Boleh tengok suasana sekitar JB
Saru pengalaman yg menarik utk dicuba
Tidak sempat mau naik full sudah hmm yang nak pergi sini better g awal. 1 sessi cuma 6 org dbenarkan naik. Kalau hujan indoor aktiviti ada jugak diorang ckap.. next time lah cuba kalau ada rezekii