Fokus di Sg Congkak

Untuk anda yang dah biasa dengan Skytrek, anda akan perasan yang kat sini, fokusnya lebih kepada flying fox.
Kalau anda nak lebih pada halangan di udara atau pokok ke pokok, ia tak ada sebanyak di cawangan lain yang ada.
Ada Tempat Escape
Kalau dalam course panjat dan zipline dari pokok ke pokok, anda tiba-tiba tak sanggup habiskan course, tak mengapa.
Ada beberapa kawasan Chicken Out.
Bolehlah tarik diri kat area sini. Apapun kalau anda orang baru, janganlah terus ambil course yang advanced.
Hanya kerana anda fit tak bermakna anda berani. Jadi kalau anda beli advanced course, tapi angkat bendera putih awal, kan rugi.
Tentang Skytrek
Skytrek ini syarikat outdoor yang sudah ada lama. Dan mereka dulu bermula di Taman Botani Shah Alam. Tempat itu sekarang sudah ditutup. Dan diganti dengan yang di sini. Kalau di luar KL, mereka juga ada halangan hampir sama di tempat lain seperti di Melaka dan Langkawi.
Pergi weekday mmg ngam lengang , 7 orang je satu course haritu. Instructor mmg terbaik even intern tapi dpt beri penerangan dgn jelas mengenai cara nk setup click-it kat cable since smua tu kne buat bila atas platform .
Satu pengalaman yg sgt berbaloi dgn harga rm55 (purchase online). Will repeat in future. Klau nk fun amik intermediate sbb flying fox yg plg pjg ade di course intermediate sahaja.
Mengisi masa lapang dan keberanian dalam diri dengan membuat aktiviti yang mencabar di sini.
Pasti kalian akan puas hati.
Harga berbaloi untuk per individu.
1. Boleh parking kereta depan pusat aktiviti. Tak perlu tinggal kereta jauh.
2. Saya pilih kategori advance, ambil masa 2jam 30minit untuk lengkapkan 1 track. Dekat outlet sini sangat sesuai untuk pemula yang nak lawan perasaan gayat sebab banyak sangat flying fox
3. Staff sangat friendly dan Sangat membantu sepanjang proses aktiviti. tak perlu takut sesat ke apa sebab staff sentiasa pantau. Nak panggil kalau tersangkut pun mudah.