Snow World

RM45.00

Kalau Genting belum cukup sejuk, masuk sini dan rasa sejuk tahap beku kat Eropah.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
1-3 jam
Harga Tiket
Harga tiket bermula dari RM 45
Penting
Tarikan ini ditutup sementara
Lokasi
Snow World Genting, Tingkat 2, Sky Avenue Genting

Ditutup sementara / kekal

KAWASAN SEJUK

Tertutup Terbesar

Snow World Genting ini antara kawasan sejuk tertutup paling besar kat Malaysia. Dan sejuknya mencecah -8 darjah Celcius. Lebih kurang rasa dalam freezer, senang cerita.

Jadi kalau nak masuk, kena sedia pakai lebih tebal dari biasa. Paling kurang kena ada stoking tebal. Kalau tak, kebas semua.

snow world

Tiket Snow World

Harga Tiket Walk-In

Harga Tiket (RM)DewasaKanak2
Warganegara4545
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 14 Oct 2021

Tips Pengunjung

  • Tempat ini popular masa cuti. Datang sini dulu kalau tak mahu beratur panjang.
  • Tempat ini agak jauh dari kereta kabel. Jangan jadikan ia tarikan terakhir, takut anda terlepas kereta kabel nanti.
  • Masa anda kat sini terhad. Anda cuma boleh berada 30 minit kat dalam. Lepas itu kena keluar.
  • Harga tiket Snow World adalah fleksibel. Ia mungkin lebih murah atau lebih mahal dari harga yang kami tunjukkan kat bawah ini.
  • Untuk yang nak merasa rumah ais, tapi tak mahu ke Genting, i-City kat Shah Alam pun ada.

Lokasi

Tingkat 2, Sky Avenue Genting

Waktu Operasi

Isnin – Jumaat: 10 pg – 10:30 mlm
Hujung Minggu / Cuti : 9 pg – 11:30 mlm

Mesra Anak

Sweater, boot, sarung tangan memang ada diberi, tapi kalau waktu orang ramai, mungkin habis. Jadi bersedia, lebih-lebih lagi waktu cuti.

Kalau datang dengan anak, boleh tarik mereka dengan kereta luncur (sleigh) mini.

Ada juga slide ais yang anda boleh naik berseronok kat sini. Anak kecil boleh, mak-mak pun boleh. Yang penting berat bawah 70kg.

Bergambar

Kat sini bukan sahaja seronok main, dan rasa suasana macam ala luar negeri, tapi banyak tempat nak bergambar.

Kawasan Snow World ini dibuat dengan hiasan macam kampung kat Eropah. Ada yang gaya rumah Holland, ada Perancis sampailah ke German dan Switzerland.

Sesetengah tu siap ada prop untuk anda bergambar, macam basikal roti kat depan kedai Perancis.