TAMAN TEMA AIR
Terbesar Asia
Ini taman tema air bertemakan hutan hujan tropika paling besar kat dalam Asia.
Dan bakal ada 24 gelongsor air — termasuklah gelongsor air dengan VR yang dikatakan pertama seumpamanya kat Malaysia.
SHAKA WAKA
78M Panjang
Gelongsor yang kena cuba ialah Shaka Waka.
Sebab yang ini panjangnya 78m dan siap ada lampu LED dalam gelongsornya.
Buat anda rasa macam dalam movie tron layaknya.
Nak lebih adventure?
WILD RUSH
Gelongsor VR
Boleh cuba Wild Rush sebab anda akan rasa beberapa jenis rintangan berbeza dan bila kat hujungnya, anda akan terjun ke dalam kolam.
Dan satu lagi gelongsor air yang berbeza dari yang biasa ialah Atlantis VR yang buat anda rasa macam layan Lost City of Atlantis.
Yang ini panjangnya 250 m.
Dan selain permainan air ia juga bakal hadir dengan 15 tarikan lain yang utama.
Kaunter buka 1 jer,campur walk in and nak redeem online..masa menunggu lebih 30minit..
harga tiket yang mahal dan tak berbaloi..
sy telah pergi seramai 4dewasa & 7 kanak, yg mana jumlah hangus telah mencecah RM2000++ (tiket + merc+ makan2) siap support beli merchandise lagi..
untuk tiket kanak2 RM79/pax, anak sy 3 tahun tapi ketinggian belum mencecah 90cm. kaunter memberitahu sebelum ini tiket dicaj mengikut ukuran tinggi tapi ramai komplen jd mereka tukar sistem dengan mengikut umur..
lepas masuk dalam waterpark hampir kesemua slide anak sy tak boleh main sbb tak lepas ketinggian,dia hanya boleh enjoi di gigi2 air dan di bahagian ombak cove..masa beli tiket ikut sistem umur tapi masa nak main ikut sistem tinggi pulak? jadi tiket yg saya bayar RM79 (10am-6pm) tu untuk main di bawah sahaja?baik sy pergi kolam fasiliti rumah saya.
Selain tu,slh seorang team kami berbadan besar hampir 120kg. Dia juga mengalami nasib yg sama iaitu tidak boleh naik hampir semua slide,hanya 1 slide shj yg dia diterima. Masa beli dalam tnc takde pulak ckp badan besar tak boleh main slide.
Splash mania sepatutnya highlight tnc dengan lebh detail seperti cuaca hujan yg di mention sebelum ini..harga yg mahal dan tak berbaloi,baik pergi Sunway Lagon or Lost World bayar lbh sikit shj tp semua ada bukan mcm Mania ni bayar mahal tp attraction byk slide je tu pun bukan semua orang boleh main..👎🏼👎🏼👎🏼
Slides are fun. Main slides kena beratur. Ramai sgt org sampai takde tempat duduk.
Paling tak best, tak ckup makanan. Dah beratur nak beli nasi, sampai2 nasi n ayam dah habis. Baru pkul 2 je. Overall okayla, utk budak2. Untuk adult, best main slides je
Aktiviti menarik . Dari jam 11am-5pm enjoy dengan semua slide . Ada rezeki nak repeat lagi 🫶🏻 cuma sedih sikit sebab gambar tak boleh by softcopy , kitanya tak dibenarkan frame gambar .
Macam mana management boleh decide untuk panggil animal control during operation hour? Waktu kami sampai animal control tgh nak tangkap anjing liar dkt area parking dgn customer nak parking on opening hour.
Tak salah untuk panggil animal control tangkap anjing liar tu cuma not in operation hour la dgn kacau emosi customer yg ada dkt situ, datang nak happy2 seronok2.
Overall experience organisation sepatutny boleh fikir waktu yg sesuai nak panggil animal control. We did enjoy the waterpark itself, sbb tak perlu nak que pun untuk most of the ride klau weekday sbb tak ramai cust, boleh main ulang2 bnyk kali.
Tapi tak suggests untuk dtg awal2 pukul 10 sbb rides bnyk yg bukak lepas pukul 12pm. Banyak kiosk makan dalam tu cuma kena order awal sbb service dia agak lambat and harga dia pun okay laa untuk waterpark.
Oh btw bnyk ride yg tak boleh rakam, lifeguard akan suruh masuk dlm baju or tinggal before naik ride. And klau photographer dia offer nak ambik gambar, ambik je banyak2 sbb quality gambar dia cantik!
Hi Nurul Syifa! Hello dari GL Play!
Terima kasih di atas maklum balas anda. Kami memahami kebimbangan anda dan berempati sepenuhnya dengan situasi yang anda alami.
Untuk makluman, tangkapan haiwan liar di tempat letak kereta pada waktu itu bukanlah tindakan yang diambil oleh pihak pengurusan kami tetapi oleh pihak atasan daerah yang mana ianya adalah di luar bidang kuasa kami.
Walau bagaimanapun, kami memohon maaf sekiranya situasi itu telah menganggu emosi anda dan akan lebih prihatin untuk memastikan perkara yang sama tidak berulang lagi. Kami juga gembira mendengar bahawa anda telah menikmati pengalaman yang menyeronokkan di SplashMania.
Terima kasih di atas cadangan untuk menggunakan khidmat foto digital kami di GL Clix. Semuga kita bertemu lagi di masa hadapan.
Terima Kasih
Saya pergi weekdays jadi jika anda pergi weekend, the experience may be different 😂
1. Entrance (10am): pantas, cepat, no queue. Just scan barcode dari email. Utk first timer mcm saya, agak clueless nak pergi main slide yg mana dulu sebab tempatnya agak luas & ada slide yg buka at 12pm.
Saya pergi pukul 10am, orang tak ramai sangat, around 12pm tu dah start ramai sikit.
2. Locker : rm15 utk small locker. Dekat entrance dah ada locker tapi dont repeat my mistake jauh nau nak ambik barang. Dekat changing room tu pun ada locker juga. Lebih dekat & accessible.
3. Toilet & changing room: 10000/100 bersih & luas, banyak. Dlm park tu ada merata2 toilet. Hehe.
4. Surau : okay, size okay la tak besar mana, ada telekung, surau perempuan ada aircond.
5. Makanan : mahal la seperti biasa 😂 nasi ayam penyet ala carte rm20 (dapat kupon f&b rm5 so rm15) . Boleh bawa air mineral siap2 dari rumah.
6. Slide : okay, menarik untuk main. Each slide ada 2, jadi queue tu agak laju lah juga 🤭 (weekdays).
7. Kids friendly? : banyakkk jugak slide utk budak2, slidenya pun fun, makpak budak pun boleh enjoy. Banyak tempat rehat, banyak tempat duduk. Make sure bawak air mineral to stay hydrated.
8. Performance: ada performance ala2 breakdance kat platform depan “pantai” tapi pada pendapat saya tarian yg dipertontonkan tu sangat tak senonoh untuk tontonan awam (kanak2 especially, dan kita semua). Selamba badak yg perempuan twerk ke arah penonton. Yg gatal ni gelak2 sorak2. Yg budak tu dahhhh terdedah dgn benda bukan2. Hmmm. Kita di Malaysia ni rasanya perlu ada batas kot bab ni? Breakdance alone is fun enough. No need to show off your butt kot to make it more fun? Aaa sudah dah jadi membebel dah hakak punya review ni.
Overall saya bagi 5 bintang tapi tolak 1 sebab performance bodoh tu.
Berbaloi jeee nak pergi (jangan tengok performance tu), beli tiket guna shopback apps dapat diskaun rm20 hehe.
Okbaii 🫰🏻