main air di taman tema splashout langkawi

Splashout Langkawi

Nak jerit main gelonsor air masa cuti kat Langkawi? Jom layan taman tema air Splashout ini.

Harga Tiket AsalDewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)Warga Emas (RM)
Warganegara755540
Pelancong Luar755540
Beli Tiket Murah Splashout

Taman tema air Splash Out Langkawi ini taman air pertama kat Langkawi. Dan baru sahaja buka pada Disember 2020.

Kalau tak minat mandi pantai atau kolam hotel tak cukup power, main air kat Splashout memang a good idea.

Apa Ada kat Splashout Langkawi?

langkawi waterpark slide racer

Kat sini ada 12 permainan air untuk seisi keluarga.

Anak kecil boleh pusing keliling taman ini guna pelampung dengan abang kat River of Life. Kalau dah habis, mereka boleh masuk taman permainan dalam air kat Big Splash Kingdom dan Splash Island.

tarikan 2020 langkawi - splash out langkawi waterpark

Untuk yang dah remaja, boleh cuba lumba gelongsor air kat Ragin’ Racers atau Splash-Python.

Hati kental? Cubalah Perfect Storm yang hampir sama macam Vuvuzela kat Sunway Lagoon. Tinggi macam 6 tingkat bangunan.

splashout langkawi perfect storm

Family yang nak jerit sama-sama boleh naik Shipwreck Fall yang menjunam dan naik pun tajam ke atas sebelum semua masuk kolam air.

splashout langkawi

Kolam wave pool kat sini kecil. Tapi cukup dalam untuk orang Malaysia. Jaga-jaga sebab tingginya sampai 6 kaki, takut anak kenyang telan air sebab ibu ayah leka berselfie kat tepi.

langkawi waterpark

Kat sini tak ada taman ekstrim, taman hantu atau taman buat pegang binatang macam taman tema Sunway Lagoon atau Lost World. Tapi apa yang ada sudah cukup untuk buat semua orang suka hati. Lagipun sebab ini taman tema baru, semua fasiliti berkilat berseri-seri.

taman tema air splash out langkawi

Tips Pengunjung

  • Tiket hanya untuk 1 kemasukan. Jadi anda tak boleh keluar dan masuk balik pada hari sama.
  • Kat sini ada loker untuk tinggalkan barang. Loker kecil bermula dari RM 20.
  • Seperti biasa, makanan dan minuman luar tak dibenarkan dibawa masuk.
  • Hotel terdekat kat sini ialah Bella Vista. Ownernya orang yang sama dengan Splashout Langkawi ini, iaitu Tan Sri Halim Mohamad.

tiket waterpark di langkawi

Harga Tiket

Harga Tiket AsalDewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)Warga Emas (RM)
Warganegara755540
Pelancong Luar755540
Beli Tiket Murah Splashout

Waktu Operasi

Tutup : Isnin – Rabu
Khamis – Ahad : 11 pg – 6 ptg

Tarikan Berdekatan

Taman tema air Splashout Langkawi ini lokasinya kat Kuah. Jadi sementara opah shopping Corelle kat Haji Ismail Group, anak-anak remaja boleh mandi manda kat sini.

Kalau agak-agak dah dekat petang, boleh pergi ke pasar malam Langkawi. Untuk yang nak ambil angin, Taman Lagenda dan Dataran Helang pun tak jauh mana.

JomJalan Seluruh Langkawi