Tentang Tarikan Ini :
Taman golf mini yang berbayar ini ada di taman Spritzer Taiping.
Kalau bermain tak menarik hati anda, tak mengapa. Sebab anda masih boleh shopping kecil-kecilan di kedai mini yang ada cenderamata Spritzer, lepak layan kopi di kedai kopi yang classy atau masuk ke bilik khas yang menceritakan tentang air dan jenama syarikat ini.
Tempat ini nyaman, aman dan ke dalam dari jalan besar. Jadi sesuai untuk anda yang nak berehat.
Kalau anda tidak bermain mini golf atau minum kopi di cafe Spritzer yang moden, 20 – 30 minit sahaja sudah cukup untuk dihabiskan di sini.
Masuk Kilang Air Mineral
Nak masuk tengok proses air Spritzer dibotolkan? Boleh. Tapi datang awal dan pastikan anda ada pada masa di bawah.
Waktu Lawatan ke Kilang
Isnin – Jumaat : 11pg & 3ptg
Sabtu : 11 pg
Waktu Operasi
Setiap Hari : 9pg – 9 mlm
Harga Tiket
Free