Kalau dah letih ber IG dan PUBG ini masanya untuk anda dan anak main sukan yang kerah keringat, tapi sejuk.
Kalau anda nak merasa meluncur air, ini antara tempatnya kat Kuala Lumpur selain di Sunway Pyramid, Royale Ice, Sunway Velocity dan IOI Mall, Putrajaya.
Disebabkan saiznya yang berstandard Olimpik, tempat ini ideal bukan saja untuk yang dah pandai, tapi juga banyak kawasan untuk anda yang baru nak belajar.
Ianya tak jauh dari kawasan Damansara, anda boleh ke sini dari Kidzania dan IKEA Damansara juga.
Tips
- Stadium MYNISS ini dalam Empire Mall. Mall ini dijangka siap hanya pada 2020.
- Bawa stoking dan sarung tangan sendiri.
- Semasa post ini ditulis, tempat ini masih ada pembinaan sekitarnya. Jalan masuk ke sini mungkin sedikit mengelirukan.
- Ada kedai makanan segera sekitar rink. Tapi kedai lain dalam mall masih belum buka sepenuhnya.
- Pakai atau sediakan jaket sebab ia mungkin sangat sejuk.
- Jangan datang petang atau lewat. Disebabkan kawasan mall belum siap sepenuhnya, ruang tempat letak keretanya mungkin agak menakutkan.
Harga Tiket
Hari Biasa (RM) | Hujung Minggu (RM) | Cuti Umum/ Sekolah (RM) | |
---|---|---|---|
Tiket Luncur Ais | 20 | 25 | 30 |
Waktu Operasi
Setiap Hari: Bermula 11 pg
Waktu Tutup: 6:30 petang ke 8:30 mlm (berbeza mengikut hari)
JomJalan Seluruh KL
Tempat menarik lain kat KL
Promo hotel, tarikan KL
Hotel terbaik pilihan kami
Layan kedai makan sedap kat KL