Sejarah
Bangunan dan kawasan merah yang siap pada 1645 ini sebenarnya antara bangunan Belanda paling tua yang ada dalam Asia Tenggara.
Kawasan ini dulunya tapak yang sama dimana ada bangunan pentadbiran Portugis. Tapi akibat serangan Belanda dan Johor, habis hancur bangunan Portugis.
Dan Belanda mengganti bangunan itu kepada kompleks pentadbiran baru depa.
Tukang buat bangunan ialah orang Cina dengan orang Jawa.
Mengikut cerita, Belanda dan Johor menyerang Portugis dari Jun 1640 sampailah Melaka jatuh pada Belanda pada Januari 1641.
Jumlah yang mati sebab penyakit (akibat cedera, kebuluran dll) lebih banyak dari yang mati bertempur. Askar Belanda yang mati dianggarkan 1500 orang.
Dan bila Belanda masuk ke Melaka, mereka terkejut. Akibat pengeboman dari kapal-kapal mereka, Melaka hampir jadi padang jarak padang tekukur.
Dalam surat mereka kepada ibu negara mereka, kata mereka, ia seperti βkehancuran Jerusalemβ β merujuk kepada perang Yahudi-Rom yang mana bandar itu punah ranah sehabis-habisnya.
Kompleks Stadthuys ini dibuat sama macam komplek town hall kat bandar Hoorn, Belanda. Kira nostalgik lah kan.
Cumanya bangunan kat Hoorn itu pun dah roboh.
Maka bangunan The Stadthuys ini jadi bangunan reference untuk orang Belanda tengok sendiri townhall mereka dulu kala.
Bangunan ini dulunya bukan sahaja tempat mentadbir, tapi siap ada kedai roti dan penjara.
Dan dulunya, warna bangunan ini bukan merah, tapi putih.
Jadi apa cerita jadi merah semua kat sini?
Misteri Warna
Ada banyak cerita fasal bangunan jadi merah.
Antaranya, ada yang kata orang-orang Melaka dulu benci sangat Belanda, dan masa Belanda dah keluar (sebab perjanjian Inggeris-Belanda 1824) orang-orang lempar air sirih ke bangunan putih kat sini.
Sebab dah tompok merah bersepah, dan Inggeris nak jimat duit, mereka warnakan dengan warna itu.
Itu satu cerita.
Cerita yang lain ialah bangunan ini dibuat guna tanah selut laterine yang memang merah. Dan walaupun ia dicat putih, akibat tak diselenggara, warna merah timbul merata. Dan sekali lagi, sebab menjimatkan kos, warna merah tanah digunakan Inggeris untuk warna kawasan ini.
Sama lah dengan bangunan lain Melaka. Kalau merah, itu hampir pasti dibina Belanda.
Itu cerita warna.
Terowong Rahsia
Tapi yang lebih misteri lagi, bangunan dalam Stadthuys ini dikatakan ada terowong rahsia yang masih belum dibongkar.
Ia tak mengejutkan. Sebab kalau anda pernah ke Kellieβs Castle, Perak anda akan nampak perkara yang sama dibuat ( terowong rahsia, laluan kecemasan rahsia dll).
Munshi Abdullah, penulis sejarah cukup terkenal Melaka mendakwa, ada terowong rahsia dibuat dari atas gereja St Paul (yang kat atas A Famosa) ke sini.
Dan ada satu lagi terowong rahsia untuk gabenor Belanda yang dibuat dari Stadthuys ke Sungai Melaka, khas untuk beliau lari kalau tempat ini kena serang.
Sampai sekarang, belum ada terowong sebegitu yang orang jumpa. Sama macam harta karun Sultan Melaka yang tenggelam dalam laut Melaka.
Muzium Berdekatan
Walaupun bangunan ini sepatutnya menjadi kawasan sejarah yang menceritakan sejarah perang Portugis Belanda, ia sudah menjadi muzium.
Cuma cerita tentang serangan Belanda atau sejarah bagaimana kawasan The Stadthuys orang Belanda ini terhasil sangat terhad.
Ikonik? Ya.
Bersejarah? Ya.
Dibangunkan semula dengan mengambilkira aspek sejarah?
Mungkin tidak.
Review
Jadi yang pertama beri review