starhill mall kuala lumpur

Starhill Gallery

Starhill Gallery adalah pusat membeli-belah paling mewah di Kuala Lumpur.

Dibina untuk memenuhi keperluan mereka yang diulit ringgit dan dollar, hiasan dalaman pusat membeli-belah ini direka dan dilimpahkan dengan kemewahan dan tampak seperti lobi hotel 5 bintang dan bukannya pusat membeli-belah. Dari Boucheron dan Chopard hinggalah Bvlgari dan Loius Vuitton, Starhill Gallery ialah destinasi utama bagi mereka yang mempunyai poket tebal.

starhill kl

Pusat membeli-belah ini juga mempunyai galeri jam tangan terbesar di dunia — dengan lebih daripada 100 jenama jam tangan mewah yang terkenal dan barang kemas seperti Maurice Lacroix, Missoni, Korloff, Davidoff, Rado untuk pameran dan jualan.

Starhill Gallery juga menjadi tuan rumah kepada pameran jam tangan mewah dan barang kemas yang terbesar di Asia yang dinamakan A Journey Through Time setiap tahun.

Hotel Terbaik Berdekatan Starhill

Kategori HotelBandingkan Harga
Hotel Ritz CarltonBookingAgoda
Hotel Grand MilleniumBookingAgoda
Hotel Shangri-LaBookingAgoda
Hotel KL JournalBookingAgoda
Hotel citizenMBookingAgoda
Lanson Place Bukit CeylonBookingAgoda
Hotel MovBookingAgoda
Gold3 BoutiqueBooking Agoda
Hotel InnbBooking Agoda
Ceria HotelBooking Agoda

Mall Lain Bukit Bintang

Kalau anda terasa miskin bila ke sini, jangan sedih. Ada mall lain untuk marhaen seperti anda di Lot 10, Sungai Wang dan Pavillion.

3 Tarikan Paling Top Kat KL


JomJalan Seluruh KL

Senarai tarikan best di Kuala Lumpur
Hotel terbaik pilihan kami
Promo hotel, tarikan KL
Layan kedai makan sedap kat KL

Jomjalan