stelvio pass bukit antarabangsa

Kredit : iz.hanz

Stelvio Pass Bukit Antarabangsa

Ini port ambil angin sambil layan pemandangan senja kat Bukit Antarabangsa.

Isi Kandungan :

Kawasan ini kawasan orang KL yang suka jogging atau naik basikal.

Namanya pun bukan nama rasmi. Ia digelar Stelvio Pass sebab seakan-akan lokasi sama kat Itali.

stelvio pass cycle

Kredit : thepelat

Cuma yang kat sana itu, kawasan jalanraya. Dan kat sini kawasan lereng di Bukit Antarabangsa.

Kawasan ini menghijau. Dan rumputnya terjaga pendek. Dan dari bahagian atas, boleh nampak pemanjangan jauh area KL.

stelvio pass bukit antarabangsa

Kredit : ninaasayang

Yang buat ia jadi lokasi menarik, ialah view sebegini.

Ia cantik berkabus awal pagi, dan aman damai dengan view senja hari.

stelvio pass

Kredit : hartinieisa

Jadi ada yang buat ia tempat lepak berkelah kecil, atau berbuka puasa malam dengan kawan-kawan kat sini.

Jadi ada juga yang panggil kawasan ini Sunset View Bukit Antarabangsa.

view dari stelvio pass

Kredit : shahrvl

Kawasan Elit

Bukit Antarabangsa ini kawasan elit ibu kota. Dan untuk masuk ke kawasan perumahannya memang perlu lalu pak guard yang menjaga.

Tapi laluan untuk ke kawasan Stelvio Bukit Antabangsa, sepatutnya anda boleh masuk tanpa masalah sebab ia kawasan jogging awam di Bukit Utama.

Tips

  • Jangan bawa anak kecil yang terlebih cergas. Kawasannya walaupun berturap, agak curam. Takut anak nanti balik rabak kulit sebab jatuh sana sini.
  • Jangan datang masa musim hujan. Lereng hijau yang anda tengok itu ada waktunya runtuh. Kawasan Bukit Antarabangsa itu sendiri memang kawasan yang dikenali sebab beberapa kes tanah runtuh yang berulang-ulang. Highlands Towers antara lokasi tragedi paling utama.
  • Masjid Bukit Antarabangsa cuma 2 minit memandu dari sini.
  • Parking kat sini terhad.

Jomjalan