Stesen Keretapi Ipoh

Tarikan Percuma

Stesen Keretapi Ipoh yang dibina pada 1914 ini masih utuh bukan sahaja sebagai bangunan bersejarah, tetapi juga bangunan yang berfungsi menerima keretapi elektrik untuk bandar ini.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
15 – 20 min
Harga Tiket
Percuma
Lokasi
Ipoh Railway Station, Ipoh, 30100 Ipoh, Perak, Malaysia

BANGUNAN LAMA

Gaya Kolonial

Digelar sebagai Taj Mahal Ipoh, bangunan putih ini dibina oleh AB Hubback — arkitek British sama yang membina bangunan stesen Keretapi Kuala Lumpur.

Ia sepatutnya digunakan sebagai hospital, tetapi akhirnya diubah menjadi stesen keretapi yang menempatkan kafe kecil dan hotel 21 bilik (kini ditutup).

stesen keretapi ipoh

stesen keretapi ipoh

PERAKAM SEJARAH

Era Perang

Bangunan di Ipoh ini adalah sebahagian dari sejarah Perak — dari waktu kegunaannya sebagai pengangkutan utama mengangkut bijih sehinggalah kepada waktu Jepun membuat kerahan tenaga askar tawanan dan penduduk tempatan (sekitar 72,000 orang).

Mereka ini dibawa ke Thailand sebagai buruh paksa untuk membina Landasan Keretapi Maut.

Jika anda ke kawasan dataran di hadapan stesen, anda akan dapat melihat tugu kenangan yang dibina bagi memperingati mereka yang meninggal dunia akibat kerahan tenaga kejam di zaman penjajahan Jepun ini.

Review

Jadi yang pertama beri review

Masukkan ulasan
Stesen Keretapi Ipoh Stesen Keretapi Ipoh
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)