Stesen Keretapi Lama

Tarikan Percuma

Nak tengok bangunan Moor gaya British India? Jom layan Stesen Keretapi Lama Kuala Lumpur dengan member.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
15 – 30 min
Harga Tiket
Percuma
Lokasi
Jalan Sultan Hishamuddin, City Centre, 50000 Kuala Lumpur

GAYA MAHARAJA

Dari India

Dibina pada tahun 1910 oleh A.B Hubbock, stesen ini pernah digunakan untuk menerima kereta api dari Utara Malaya dan Singapura sehinggalah KL Sentral mengambil alih tugas itu pada tahun 2001.

Bertemakan gaya Maharaja, stesen ini seolah-olah dibina untuk memberi gambaran kepada pelawat luar bahawa mereka telah tiba ke Asia.

Dan menara dengan kubah-kubah kecil seolah-olah mengumumkan bahawa ini adalah sebuah bandar yang penduduk utamanya terdiri daripada orang-orang Islam.

stesen keretapi lama
Kredit : emiryosef

LOKASI BERGAMBAR

Bangunan Warisan

Semua kereta api antara bandar tidak lagi berhenti di sini apabila KL Sentral dibuka. Perancangan sedang dilakukan untuk merubah stesen ini kepada sebuah bangunan warisan yang menjadi tarikan pelancong.

Untuk kaki foto, tunggu cahaya matahari petang sebelum merakamkan bangunan ini dengan lensa anda.

Review

Jadi yang pertama beri review

Masukkan ulasan
Stesen Keretapi Lama Stesen Keretapi Lama
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)