Street Art Jalan Alor

Tarikan Percuma

Akak, abang, ini pun antara tempat hip bergambar kat Bukit Bintang.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
30 – 45 min
Harga Tiket
Percuma
Lokasi
Jln Rembia, Bukit Bintang, Kuala Lumpur

DINDING WARNA WARNI

Utk Bergambar

Bukit Bintang ada banyak tempat nak diteroka. Dan selain shopping, kat sini pun ada street art untuk akak abang bergambar.

Tempatnya kat Jalan Alor.

Kawasan lorong belakang Bukit Bintang ini dah dibuat supaya insta-worthy.

street art jalan alor
Kredit : nanieyla

street art jalan alor
Kredit : briantehlion

LORONG BELAKANG

Kurang Terjaga

Bukan sahaja dinding ada mural, tapi lantai dan tangga pun dah dicat untuk anda semua bergambar.

Sayangnya tempat ini tak terjaga. Catnya dah mula pudar. Dan orang yang bergambar pun ada waktunya tak ramai mana.

Sampah, bau hancing juga perkara biasa.

Pada kami ia tak menarik mana. Tapi taste orang kan tak sama?

Tips Pelawat

  • Sayangnya kawasan ini agak terperosok kat belakang. Jangan datang seorang diri, tak kisahlah awak tu anak dara sunti atau pelancong luar negeri.
  • Jangan datang tengahari. Panas sangat nak bergambar. Sebaiknya datang petang bila cuaca dah redup.
  • Ada lorong berdekatan yang dilabel Jalan Alor Street Art Lane 2 untuk tempat bergambar hampir sama. Tapi lebih terperuk dan kecil.
  • Selain kawasan ini, boleh ada beberapa lagi tempat lain yang boleh anda bergambar, free dan dekat LRT — macam kat Masjid Jamek.
  • Kalau tak pun, boleh beli tiket ke Muzium Ilusi untuk bergambar, tapi bukan free.
  • Sebaiknya datang dengan jalan kaki. Parking susah kat kawasan ini.

Review

Jadi yang pertama beri review

Masukkan ulasan
Street Art Jalan Alor Street Art Jalan Alor
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)