River Rafting Sungai Kampar - tempat aktiviti lasak kampar perak

Kredit : riverbugasia

River Rafting Sungai Kampar

Untuk mereka yang sukakan aktiviti lasak, Sungai Kampar di Perak ini mungkin sudah tidak asing lagi.

Harga Pakej BiasaDewasa (RM)Remaja (RM)
Water Rafting135135
Beli Tour Murah Gopeng Rafting
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 12 Jan 2023

Dengan air yang deras dan jeram yang banyak, sungai ini memang tumpuan mereka yang suka dengan aktiviti white water rafting sejak tahun 2003.

Kalau anda pun sukakan aktiviti sebegitu, anda boleh berakit di jeram (white water rafting) — melalui sungai Kampar yang airnya kadangkala tenang dan ada kalanya pula cukup mencabar sampai anda mungkin tercampak keluar dari rakit.

Dalam aktiviti sejauh 7km ini (atau 9 km bergantung kepada dalamnya air), anda akan mengendalikan rakit getah menelusuri 14 jeram.

Anda juga akan melalui kawasan yang pernah menjadi tempat melombong bijih, bekas empangan dan kawasan yang menjadi tempat tumpuan rama-rama Raja Brooke.

Prosedur

Taklimat akan diadakan sebelum aktiviti dibuat.

Anda akan diajar teknik-teknik penting, jenis arahan dan maklumat keselamatan yang perlu dipatuhi semasa aktiviti.

Cara Menyertai

Ada banyak syarikat aksi lasak yang menawarkan pakej berakit di jeram Sungai Kampar.

Tapi kalau nak bermalam di samping berakit, anda boleh ambil pakej di My Gopeng Resort.

Bagi anda yang di luar Perak, ada beberapa syarikat yang menawarkan aktiviti White Water Rafting Sungai Kampar ini.

Ada yang bakal berjumpa anda di Kampar. Dan ada yang menjemput anda dari bilik hotel di Kuala Lumpur dan menghantar anda anda pulang selepas tamat aktiviti.

Kalau anda menginap di My Gopeng Resort, anda bukan sahaja boleh pilih layan white water rafting tai juga ambil pakej tambahan.

Mereka ada trip meneroka Gua Tempurung, merentas hutan pada waktu malam serta menjejak bunga Rafflesia.

Pendek kata resort ini sesuai untuk aktiviti teambuilding untuk pekerja dan pelajar.

Peringatan Penting

Sila ambil perhatian yang insurans anda mungkin tidak memberi sebarang pampasan atau perlindungan disebabkan kecederaan/kematian disebabkan oleh aktiviti lasak.

Sebelum anda join aktiviti ekstrem seperti ini, sila rujuk polisi insurans anda / tanya agen insurans anda dan faham dahulu risiko yang anda ambil semasa aktiviti-aktiviti ekstrem itu.

Lokasi Lain Kat Malaysia

Selain Kampar, ada tempat lain di Malaysia untuk anda layan sukan ini.

Ini antara senarai tempat white water rafting paling popular yang ada.

Harga Pakej

Harga Pakej BiasaDewasa (RM)Remaja (RM)
Water Rafting135135
Beli Tour Murah Gopeng Rafting
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 12 Jan 2023

Jomjalan