water rafting di sungai kiulu sabah

Kredit : riverbugasia

Water Rafting Sungai Kiulu

Nak merasa main water rafting? Sungai Kiulu ini cocok sangat untuk orang baru macam anda.

Tentang Tarikan Ini :

Kalau anda sampai di Sabah dan merasa nak berakit-rakit dahulu apa kata anda ke Sungai Kiulu?

Kat sini bukan sahaja anak remaja, bapa dan ibu boleh berseronok berakit-rakit tapi anak seawal usia enam tahun pun boleh berseronok. Sebabnya satu.

Sungai Kiulu ini airnya tenang kalau dibandingkan dengan sungai-sungai lain yang dibuat untuk water rafting.

keadaan sungai kiulu

Kredit : riverbugasia

Yang bagus lagi sungai ini memang panjang.

Jadi selain boleh berseronok berakit anda dan anak boleh juga melayan panorama tepi sungai yang mungkin ada binatang liar.

Sungai yang terkenal sebagai sungai terpanjang di Borneo untuk berakit ini diletak sebagai sungai gred 1 dan 2 ( maksudnya ia sesuai untuk orang yang baru belajar).

Dan trip anda dalam sungai bakal selama 1 jam setengah ke 2 jam bergantung pada keadaan sungai.

peserta di kiulu water rafting

Kredit : riverbugasia

Kalau anda mahu lebih seronok, anda juga ada pilihan untuk buat body rafting iaitu anda terapung dalam air dengan jaket keselamatan. Apa-apa pun tanya instructor anda.

Sungai-sungai memang seronok tapi kita kena sentiasa berhati-hati.

kiulu water rafting

Kredit : Riverbug Asia

Tips Penting

  1. Sungai ini terletak di Tamparuli. Jaraknya 1 jam 45 minit dari Kota Kinabalu. Jadi kami sarankan anda anda ambil tour untuk buat aktiviti ini.
  2. Kat pesisir sungai juga ada Zip Borneo untuk aktiviti lasak lain yang boleh layan.
  3. Tour untuk water rafting ini lazimnya datang dengan pengangkutan pergi balik, instructor dan juga makan tengah hari.
  4. Kalau anda dah biasa water rafting, sungai ini bakal membosankan.Anda boleh buat aktiviti yang sama tetapi di sungai yang lebih mencabar di Padas.
  5. Kalau bunyinya seronok tetapi anda Ini penakut, apa kata anda ambil river cruise dan layan Sungai Kawa-Kawa, Weston atau Klias.

Harga Tiket

Harga Pakej BiasaDewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Warganegara105105
Pelancong Asing105105
Beli Pakej Murah Kiulu Rafting
Harga pakej biasa dikemaskini sehingga : 10 Jan 2024

JomJalan Seluruh Sabah

Senarai tarikan best di Sabah
Hotel terbaik pilihan kami
Layan kedai makan sedap kat Kota Kinabalu
Promo hotel, tarikan Sabah
Jomjalan