sunway lagoon theme park ticket

Sunway Lagoon

Nak berseronok? Taman air, rumah hantu, mini zoo semua kita layan balun kat Sunway Lagoon!

Harga Tiket Walk-InDewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Warganegara150125
Pelancong Asing213178
+ Express Lane
(Quack Xpress)
+ 80+ 80
Beli Tiket Murah Sunway Lagoon
Beli Tiket Murah + Express Lane
Harga tiket dikemaskini : 30 Dec 2022

Taman tema Sunway Lagoon ini bukan sahaja luas ya amat, tapi juga sudah menang banyak anugerah antarabangsa.

Kalau dalam Malaysia, ini antara taman tema power.

Sebabnya 1 tiket bagi anda masuk ke 6 taman tarikan sama-sama.

Bila sudah sampai kat sini, anda sekeluarga boleh mandi-manda kat Taman Air atau menjerit sekuat-kuat hati kat Scream Park.

vuvuzela di sunway lagoon - boleh naik dengan tiket 6 dalam 1Kalau belum cukup syok, cuba naik roller coaster kat Amusement Park atau layan lumba Go Kart di X-Park. Dengan satu tiket, anda boleh masuk kat 6 kawasan.

Pendek kata, sehari suntuk di sini pun belum tentu dapat rasa semuanya kat Sunway Lagoon.

Waterpark

vuvuzela slide di sunway lagoon

Apa cara lagi best nak berseronok kalau hari panas selain masuk main air kat waterpark kan? Kat waterpark Sunway Lagoon ini, ada tempat main air dan slide bukan sahaja untuk yang besar, tapi anak-anak juga.

Kalau anda jenis berani, boleh naik Vuvuzela yang tingginya 11 tingkat. Ini water slide paling tinggi dalam dunia.

slide air di sunway lagoon park

Kalau setakat slides, ada beberapa water slide dewasa yang boleh anda cuba, dari African Phytons sampai lah ke Congo Challenge.

Untuk yang nak merasa belajar scuba diving dalam KL, kat sini tempatnya. Tapi yang ini kena bayar extra dari tiket anda.

Nickelodeon Lost Lagoon

rapid canyon sunway lagoon 2

Untuk anak-anak yang nak berseronok kat kawasan special, Nickelodeon Lost Lagoon lah tempatnya. Ini juga taman tema Nickelodeon pertama dalam Asia.

nickelodeon lost world sunway lagoon pool slide

Dalam kawasan ini, anak-anak boleh buat macam-macam.

Dari main air kat slide air bertemakan Sponge Bob sampailah jumpa si Sponge Bob dengan geng Bikini Bottom nya.

Tempat ini memang cukup best untuk anak-anak. Sebab memang terasa macam taman khas untuk depa.

X-Park

sunway lagoon extreme park bungee jumping

Ini tempat beraktiviti. Kalau datang ramai, boleh main volleyball pantai ataupun lumba GoKart sama-sama.

Yang datang berdua, bertiga, boleh naik Flying Fox, ATV ataupun trampolin.

Belum cukup extreme? Cuba Bungee Jumping ataupun G-Force-X (lastik gergasi yang akan tembak anda ke atas dengan laju 120 km/h).

Untuk yang ada darah tinggi, jangan dengki. Anda boleh masuk kat sini dan santai-santai. Anda boleh cuba memanah, main kayak atau naik pedal bot kat tasik.

Wildlife Park

mini zoo di sunway lagoonKalau anak nak pergi Zoo Negara, tapi anda tak cukup masa ke sana, kat Sunway Lagoon Wildlife Park pun boleh tunaikan hasratnya.

Nak bergambar dengan burung boleh. Nak tengok singa dari dekat boleh. Nak tengok harimau putih pun boleh.

Amusement Park

sunway lagoon roller coaster
Untuk tambah umpphh, kat Sunway Lagoon juga ada tempat ala fun-fair, tapi dengan ride yang lagi mencabar. Anak-anak boleh naik kuda mainan seorang ataupun naik Butch Cassidy ride dengan emak.

Anak remaja boleh naik Pirate ship ataupun Tomahawk yang buat orang depa jerit gila-gila.

suspension bridge sunway lagoon terpanjang di malaysia

Kalau tak berani naik apa-apa, cuba juga berjalan kat jambatan gantung Sunway Lagoon.

Ini jambatan gantung paling panjang kat Malaysia, dan memang tempat kaki instagram bergambar untuk fans depa.

Scream Park

scream park di sunway lagoon dengan tiket 6-in-1

Kat sini anda boleh masuk ke dalam rumah hantu. Atau kalau tak berani, boleh rmasuk Sharknado Alive.

Senang cerita, ini kawasan untuk jumpa macam-macam jenis hantu. Dari zombie orang putih sampailah pocong orang kampung.

sharknado alive di taman tema sunway lagoon malaysia

Kalau anda penakut, masuklah rumah hantu dengan kawan-kawan. Sebab takut nanti pengsan.

Bila masuk bulan Oktober tempat ini juga ada celebration khas yang dipanggil Nights of Frights. Masa waktu ini, kawasan ini dibuka waktu malam. Sebabnya? Ada Halloween.

Jerit lah puas-puas kat sini. Satu malam anda bakal dikelilingi zombie, hantu Melayu, hantu anak patung sampailah mummia zaman dulu.

Tips Ke Sunway Lagoon

  1. Makan dulu sebelum datang. Sebab makanan di sini, bukannya murah
  2. Plan untuk datang pada Selasa atau Rabu kalau boleh. Sebab harga tiket jauh lebih murah, dan pengunjung pun tak seramai hujung minggu.
  3. Ambil loker yang besar, sebab rugi kalau loker kecil tak muat isi semua.
  4. Pelampung jangan sewa dulu. Hanya sewa kalau anda rajin mengangkut sana sini.
  5. Pergi sama-sama. Jangan separuh ke waterpark, separuh ke theme park. Bukan apa, kalau di waterpark, letih beratur, dan ada pula tempat pelampung kosong. Rugi!
  6. Bersedia untuk datang seawal mungkin. Kalau lambat, parking pun jauh. Belum masuk theme park dah letih.
  7. Kalau cuma nak main air dan bajet kurang kencang, Wet World Shah Alam pun sesuai kalau nak bawa anak kecil.
  8. Kalau turun Ipoh, boleh pergi ke Lost World of Tambun, taman tema yg juga bawah Sunway.

petting zoo sunway lagoon

Harga Tiket 6 Dalam 1 Sunway Lagoon

Harga Tiket Walk-InDewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Warganegara150125
Pelancong Asing213178
+ Express Lane
(Quack Xpress)
+ 80+ 80
Beli Tiket Murah Sunway Lagoon
Beli Tiket Murah + Express Lane
Harga tiket dikemaskini : 30 Dec 2022

Info Tiket

  • Kanak-kanak yang tingginya dibawah 90 cm masuk percuma.
  • Tiket anda membolehkan anda masuk ke semua 6 taman di sini.
  • Beli tiket online lebih murah dari walk-in (melainkan ada promosi).

Soalan Lazim

Harga tiket online Sunway Lagoon sama tak dengan harga walk in?

Tidak. Harga online lebih murah.

Harga tiket ini dah cover semua aktiviti dan semua park (macam Scream Park dll) ?

Ya. Nak masuk Scream Park, Petting Zoo dan lain-lain taman tema dan naik rides semua tak perlu bayar extra. Sebab dah ditanggung dengan tiket yang anda bayar.

Tapi ada beberapa ride khas — macam go kart, bungy jumping dan gforce-X yang anda perlu bayar pay per ride. Anda juga perlu bayar extra kalau nak sewa pelampung, loker.

Buka ke masa tahun baru Cina?

Ya.

Buka ke masa hari Raya?

Ya.

Berapa harga tiket waterpark sahaja?

Tiket Sunway Lagoon tak dijual secara berasingan. Ia datang secara 6 dalam 1.

Baby kena beli tiket ke?

Tak. Baby dan anak kecil yang tingginya bawah 90cm, boleh masuk percuma dengan orang dewasa yang bertiket.

Ada ATM tak dalam Sunway Lagoon?

Tak. ATM terdekat ada di Sunway Pyramid.

Kat mana nak park kereta?

Boleh park di Sunway Pyramid mall dan Sunway Resort Hotel & Spa.

Malam buka ke?

Selalunya tak. Sunway Lagoon tutup pada pukul 6 petang. Akan tetapi, ada hari-hari tertentu dalam setahun yang ia dibuka waktu malam – contohnya untuk acara Night of Fright.

Kat sini ada tuala percuma ke?

Tak. Sila bawa tuala sendiri.

Boleh letak luggage dalam loker tak?

Ada loker untuk disewa dalam Sunway Lagoon. Tapi saiznya kemungkinan tak cukup besar untuk simpan luggage anda.

Sini ada Lost Lagoon ke?

Ya. Kat kawasan Sunway Lagoon Nickelodeon.

Kalau hujan macam mana?

Kalau hujan sampai ribut atau ada petir, ride yang diluar akan dihentikan sementara cuaca pulih.

Boleh minta gantirugi tiket tak kalau ride tutup sebab hujan?

Tidak.

JomJalan Seluruh KL

Senarai tarikan best di Kuala Lumpur
Hotel terbaik pilihan kami
Promo hotel, tarikan KL
Layan kedai makan sedap kat KL

 

Jomjalan