Dibina di dalam Gedung Membeli Belah Sunway Pyramid, gelanggang ini bukan sahaja menarik lebih 15,000 peluncur ais setiap bulan, tetapi juga menjadi tuan rumah kepada kejohanan bertaraf dunia seperti Skate Asia dan Kejohanan Hoki Ais Dunia.
Untuk mereka yang baru menyarung kasut skate buat kali pertama, terdapat 20 jurulatih tempatan dan asing di sini untuk mengajar teknik meluncur dengan betul. Umur bukan penghalang kerana akademi di sini menerima pelajar seawal empat tahun.
Mereka yang serius dengan sukan luncur ais boleh menyertai Akademi Luncur Ais atau menjadi ahli Kad Skate. Yuran pendaftaran bermula dari RM 50 (~$12.25).
Harga Tiket ke Sunway Pyramid Ice
Dewasa/ Kanak-Kanak (RM) | Ahli (RM) | |
---|---|---|
Hari Biasa | 20 | 15 |
Hujung Minggu | 25 | 20 |
Cuti Sekolah/Umum | 28 | 23 |
Sewa Alatan | ||
Stoking | 6 | 6 |
Sarung Tangan | 9 | 9 |
Waktu Operasi
Waktu Operasi | |
---|---|
Hari Biasa | 10.00 pg – 8.00 mlm |
Sabtu | 9 pg - 9 mlm |
Ahad | 9 pg - 6 ptg |
Cuti Sekolah/Umum | 9 pg - 9 mlm |