TERUS MASUK MALL
Makan & Shoping Senang
Hotel ni betul-betul dalam Sunway Velocity Mall, jadi nak shopping atau cari makan memang tak payah fikir panjang.
Lagi best, ada jejantas pejalan kaki berbumbung terus ke satu lagi mall — MyTOWN Shopping Centre.
Kat MyTown ini pula ada IKEA Cheras.
Bolehlah shopping kelengkapan rumah atau layan meatball dan salmon IKEA kenyang-kenyang.


BILIK MODEN
View Town
Bilik kat sini bersih, moden, dan ada tingkap besar yang bagi view KL skyline.
Saiz biliknya sederhana tapi cukup selesa dengan katil empuk, TV skrin rata, dan WiFi laju.
Setiap bilik ada pillow menu. Jadi anda boleh pilih bantal yang sesuai dengan anda.
Dan kalau perlukan apa-apa untuk bilik, boleh scan QR saja dan Whatsapp mereka.
ADA POOL
Dan Parking Berbumbung
Kolam renang infinity kat sini memang padu, boleh mandi sambil layan view bandar.
Ada juga gym lengkap untuk yang rajin workout.
Parking pun senang sebab ada tempat letak kereta berbumbung khas untuk hotel guests, cuma anda kena validate tiket untuk dapat flat rate untuk parking.
