Sup Hameed -  kedai mamak sedap di penang

Kredit : Sarah Sofian, Emssazmie

Sup Hameed

Dah puas makan nasi kandar dan roti canai? Jom layan macam-macam sup di Sup Hameed.

Pernah diulas oleh chef terkenal dunia, Anthony Bourdain dalam rancangannya “Parts Unknown”, sup di sini mungkin nampak sama atau lebih cair dibandingkan sup-sup yang dijual di tempat lain.

Tapi anda perlu rasa sendiri, kalau anda mahu tahu mengapa ia kedai makan mamak yang cukup terkenal di Penang.

Tips Pengunjung

1. Jika anda melihat pelanggan memesan sup torpedo, dan kemudian tersengih-sengih kerana diusik kawan-kawan, jangan pelik. Sup Torpedo ialah sup yang dibuat dari ehem,ehem lembu. Khasiatnya? Jangan tanya kami …

2. Setiap sup datang automatik bersama roti — walaupun tak anda pesan. Akan tetapi harga roti dikira berlainan.

3. Kedai di buka dari 2 petang hingga larut malam.

4. Ini senarai kedai makan sedap Penang lain kalau anda nak cari lauk lain selain kari.

 

JomJalan Seluruh Penang

Tidur kat hotel terbaik Penang