Isi Kandungan :
Kat kebanyakan taman tema, anak-anak sibuk berseronok, tapi mak ayah duduk terperuk. Kat Superpark Malaysia, semua orang boleh berseronok — tak kisah tua ataupun muda.
Taman tema yang datang dari Finland ini dibuat dalam mall, jadi tak perlu risau panas matahari. Tempat ini juga ada 20 aktiviti yang boleh hangpa layan — dari panjat dinding sampailah ke main ice skating.
3 Zon Permainan
Kat sini ada 3 zon. Untuk hangpa yang boroi (macam kami), boleh cuba dulu masuk Zon Adventure Area. Dalam kawasan ini hangpa boleh ajak anak hangpa lawan kereta kayuh. Tempat ini juga ada trampolin untuk anak lompat-lompat sampailah ke dinding yang boleh dipanjat.
Kalau hangpa dulu bekas pemain simpanan bola keranjang estate, boleh masuk ke Zon Game Arena. Ini tempat layan sukan — dari bola keranjang jalanan dan bola sepak (ambil penalti lawan robot) sampailah ke cuba pukul bola baseball, satu sukan yang jarang kita tengok orang main kat sini.
Akhir sekali untuk yang cergas-cergas, bolehlah masuk ke Zon Freestyle. Kat sini ada dinding panjat yang lebih advanced dari zon awal tadi. Juga ada tempat nak layan ice skating dan nak tunjuk bakat hangpa main skate board kat anak.
Barang semua ada kat sini. Jadi tak perlu nak bawa helmet, kayu besbol bagai.
Cuma stokin sahaja yang perlu bayar (RM 5).
Tempat ini memang cocok untuk hangpa yang ada anak umur 4 tahun ke atas. Yang kecil dari itu boleh layan Starlights Kids (kat dalam mall ini juga).
Tarikan Sekitar Ini
Oleh sebab Superpark Malaysia ini kat dalam Avenue K, hangpa juga boleh pergi ke KLCC kat seberang jalan.
Kat situ hangpa boleh pi Aquaria, Petrosains, Skybridge atau cuma duduk layan taman KLCC.
Alternatif Lain
Kalau nak bermain cara orang abad ini, boleh pi layan The Rift kat Midvalley.
Harga Tiket Superpark
Harga Tiket Walk-In | Dewasa (RM) | Kanak-Kanak (RM) |
---|---|---|
1 Pax ( Slot 2 jam ) | 53 ke 59 | 53 ke 59 |
Beli Tiket Murah Superpark | ||
Harga berubah mengikut slot dan hari. Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 16 Mac 2022 | ||
Waktu Operasi
Isnin – Jumaat : 10 pg – 9 mlm
Hujung Minggu/ Cuti Umum: 9 pg – 9 mlm
Hotel Terbaik Berdekatan Superpark
Kategori Hotel | Tempah Hotel | |
---|---|---|
Mandarin Oriental | Booking | Agoda |
Hotel Traders | Booking | Agoda |
Hotel Impiana | Booking | Agoda |
Hotel Pullman KLCC | Booking | Agoda |
Hotel Ibis KLCC | Booking | Agoda |
PNB Perdana | Booking | Agoda |
The Zon All Suites | Booking | Agoda |
Le Apple Boutique | Booking | Agoda |
Senarai penuh hotel-hotel paling dekat dengan Aquaria & KLCC dan yg ada view KLCC. |