PELBAGAI TARIKAN
Shopping hingga Makan
Selain dari pusat membeli-belah, Suria KLCC juga ada banyak tarikan lain.
Ada galeri seni, pusat penemuan sains interaktif (Petrosains), akuarium laut bertaraf dunia, pawagam 12 skrin sampailah ke dewan konsert klasikal.
WAJIB TUJU
Ikon Bandaraya KL
Jadi kalau sudah di KL, rugi sangat kalau lupa ke sini.
Nak makan? Makan malam di Suria KLCC memang menarik. Sebabnya ada makanan India, Cina, Melayu, Arab sampailah ke Korea. Kalau bajet rendah, makan di food court. Kalau duit tak habis-habis, ada restoran mewah untuk anda masuk.
Kalau anda datang dengan orang kurang upaya, warga tua atau ada baby, pinjam kerusi roda atau kereta sorong di kaunter maklumat. Percuma untuk 3 jam pertama.
Baru sebentar tadi saya lepak di area food court level 3 ada 1 wanita clener yg tolak troli yg penuh dengan pinggan mangkuk sekali dengan plastik sampah.. sewaktu menghampiri Dekat saya., saya memanggilnya dengan berkata 🗣️ kak minta tolong ambilkan sampah kat saya lalu dia nampak dan terus dia beredar tanpa menghiraukan pertolongan dari saya .
Minta pihak pengurusan Suria KLCC minta briefing balik Staff cleaner foodcourt supaya jadi beradab dengan Customer..
Very Dissapointed.. bad services..
Hari ini saya pergi ke Menara Berkembar Kuala Lumpur. Sejak kecil saya sudah teringin untuk ke Menara Berkembar Kuala Lumpur.
Alhamdulillah, kini saya belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Sosial.
Saya belajar Pengajian Sains Politik. Jadi, saya berpeluang melawat Menara Berkembar Kuala Lumpur dengan senang hati.
Untuk ke sana kita boleh menggunakan beberapa jenis kenderaan seperti bas, MRT dan kereta api.
Kata kawan saya, menara berkembar itu sangat cantik pada waktu malam dengan lampu yang sangat terang dan kita boleh melakukan aktiviti seperti berjoging dan berjalan-jalan santai pada waktu petang di sekitar Menara Berkembar Kuala Lumpur.
Saya teringin sangat hendak pergi sana kerana semua kawan saya sudah pergi kesana. Selepas kelas saya mengajak kawan saya pergi ke menara berkembar.
Saya menaiki bas dan MRT bersama kawan saya. Dari universiti ke menara berkembar tidaklah jauh kerana hanya mengambil masa sejam dengan bas dan MRT. Harga tiket bas dan MRT tidaklah mahal.
Dengan 5 ringgit sahaja kita boleh sampai ke menara berkembar dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Saya sangat gembira kerana dapat melihat menara berkembar dan tarikan air pancut di situ dengan iringan muzik yang akan muncul pada waktu malam.
Terdapat taman hijau di tengah-tengah bandar yang menjadikan taman ini sangat unik dan cantik kerana ia terletak di sekitar bangunan yang sangat tinggi.
Di dalam Menara Berkembar Kuala Lumpur terdapat pejabat Petronas dan pusat membeli-belah besar yang mengandungi kedai-kedai yang menjual barangan mahal dan terkenal.
Kita juga boleh membeli cenderahati khas Malaysia seperti coklat Berryls dan lain-lain. Kami boleh membeli-belah di sana dengan sangat selesa kerana Menara Berkembar Kuala Lumpu sangat besar dan luas.
Tempat kegemaran saya ialah Kinokuniya di tingkat atas Pusat Beli-belah Menara Berkembar Kuala Lumpur .
Terdapat banyak koleksi buku dan aksesori terkini yang sangat comel dan unik.
Saya sangat mengesyorkan anda datang ke sana bersama orang yang anda sayangi seperti keluarga, rakan-rakan dan guru.
Suria KLCC ialah salah satu pusat membeli-belah yang paling popular di Kuala Lumpur. Letak KLCC sangat strategik kerana KLCC berada di tengah-tengah bandar raya, ia menawarkan pelbagai kedai butik mewah, restoran makanan dan minuman, dan juga pelbagai hiburan.
Saya sering mengunjungi Suria KLCC kerana terdapat banyak kedai dan restaurant yang lengkap. Terdapat pelbagai jenama terkenal dari seluruh dunia, dari fesyen hingga ke kosmetik. Kedai-kedai butik di sini menawarkan koleksi yang sangat luas, memenuhi keperluan dan citarasa pelanggan yang berbeza. Untuk saya sendiri, kedai yang paling saya suka ialah Isetan KLCC, Sephora dan Uniqlo.
Perlu diingat bahawa harga barang-barang di Suria KLCC cenderung untuk mahal. KLCC ialah pusat membeli-belah yang berkualiti tinggi dan mewah, harga-harga di sini boleh menjadi mahal untuk sesetengah pelanggan. Untuk mereka yang mencari produk-produk kualiti tinggi, KLCC ialah tempat yang sesuai. Tetapi bagi sesetengah orang yang ingin mencari produk-produk dengan harga murah dan berbaloi, KLCC mungkin tidak sesuai.
Selain daripada membeli-belah, Suria KLCC juga terkenal dengan restoran-restoran berkualiti yang menawarkan pelbagai hidangan dari seluruh dunia, dari makanan tempatan hingga makanan antarabangsa. Saya selalu menikmati makan di sini kerana kualiti makanan yang disajikan sentiasa terjamin. Kedai makanan yang saya suka ialah Ben’s Suria KLCC. Saya paling suka makan tengah hari di kedai ini kerana makanan di Ben’s s Suria KLCC sesuai dengan selera saya.
Keindahan seni bina Suria KLCC juga patut diberi pujian. Reka bentuk dalaman pusat membeli-belah ini sangat moden dan mewah, mencipta suasana yang selesa dan cantik untuk para pengunjungnya. Selain itu, kebersihan dan keadaan keselamatan pusat membeli-belah ini sentiasa dijaga dengan baik. Terdapat air pancut yang sangat cantik di dalam Kawasan KLCC. Saya suka melihat formasi air pancut muzikal di malam hari di tempat ini.
Secara keseluruhannya, Suria KLCC ialah destinasi membeli-belah yang sangat laris dan digemari di Kuala Lumpur. KLCC menawarkan pelbagai pengalaman membeli-belah, makanan, dan hiburan yang sesuai untuk semua peringkat umur dan citarasa. Saya pasti akan terus mengunjungi Suria KLCC dengan kawan dan keluarga saya.
Seronok berjalan seisi keluarga terutama untuk tengok air pancut yang ikut irama dan lagu, sangat cantik. Toilet sangat bersih, cuma surau boleh dah kot diperbesar dan selesakan sikit. Paling suka pergi kedai buku Kinokuniya 🤍