Tagal Sungai Moroli

RM5.00

(5 review)

Nak merasa geli kena gigit dek ikan? Tagal Sungai Moroli tempat anda wajib pergi.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
30 – 45 min
Harga Tiket
Harga tiket masuk bermula dari RM 5 dewasa dan RM 2 kanak-kanak (warganegara Msia)
Jarak Dari Kota Kinabalu
125 km / 3 jam
Lokasi
Sungai Moroli Fish Spa, Ranau, Tagal Sg. Moroli

Add to Cart
tagal sungai moroili @azrlexz
Tagal Sungai Moroli
RM5.00

KELAH

Liar Tapi Jinak

Tagal Sungai Moroli yang dekat dengan ladang Teh Sabah cukup popular dengan spa ikan kelah.

Apa yang anda boleh buat di sini ialah anda boleh masuk ke sungai yang cetek sambil dikelilingi beratus ikan yang tak bersabar sabar lagi menggigit kaki anda.

Ikan-ikan Ini luar biasa besarnya.

tagal sungai moroli
Kredit : _pza.m02_
tagal sungai moroli
Kredit : aliffrockk

MESRA ANAK

Ikan Saiz Besar

Dan kalau spa ikan di Kuala Lumpur ikannya macam saiz ikan bilis, yang kat sini saiznya macam besar ikan siakap tiga rasa.

Cuma ikan-ikan ini giginya manja. Jadi jangan risau ada balik dengan kaki berlubang, sebab yang dimakan cuma kulit-kulit mati di kaki cik abang.

Dan lagi satu. Kalau spa ikan di Semenanjung ikannya dalam kolam, yang kat sini ikannya ikan liar.

Unik? Tentulah kak Bedah!

Tiket Tagal Moroli

Harga Tiket Walk-In

Harga Tiket (RM)DewasaKanak2
Rendam Kaki52
Mandi Dengan Ikan1010
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 4 Jan 2023

Syarat-syarat

Tempat ini diusahakan oleh penduduk kampung.

Dan Tagal maksudnya tak boleh memancing.

Jadi janganlah angkut pancing atau baldi nak sauk ikan dengan anak.

Takut-takut tak sempat balik cuti nanti.

Bila kat sini anda sebenarnya diberi nombor. Jadi tak boleh suka-suka masuk berpusu-pusu.

Tunggu giliran anda dipanggil.

Harga tiket bergantung kepada apa yang anda mahu buat.

Kalau anda nak rendam kaki, itu lagi murah daripada harga rendam satu badan.

Setiap orang boleh masuk 30 minit untuk layan ikan-ikan besar ini.

Kalau ada memang nak dikerumuni ikan, jangan lupa beli makanan ikan yang terjual dekat sini.

Sekitar Kawasan

Dekat kawasan ini juga ada jambatan gantung yang boleh anda lalui.

Cuma keadaannya mungkin elok dan mungkin uzur pada waktu anda datang.

Dan di pesisir sungai juga ada gerai-gerai orang kampung kedai menjual makanan.

Jangan lupa untuk anda buat kudap-kudapan dalam perjalanan.

Waktu Operasi

Setiap Hari : 8:30 pg โ€“ 5 ptg

5 review utk Tagal Sungai Moroli

4.8
Berdasarkan 5 review
5 bintang
80
80%
4 bintang
20
20%
3 bintang
0%
2 bintang
0%
1 bintang
0%
1-5 dari 5 review
  1. Antara tempat kegemaran untuk dikunjungi bila ke Sabah…tempat yang seronok untuk seisi keluarga..terdapat beberapa jenis ikan sungai yang jinak dan beri makan ikan disitu..suasana cuti sekolah agak ramai dan terdapat banyak tempat letak kereta

    (0) (0)
  2. Parking luas.
    Cashier jaga kaunter friendly ๐Ÿซถ๐Ÿป
    Harga tiket Rm5 for adult dan harga termasuk rendam kaki di ikan ๐Ÿคญ oh ada ikan yg mengigit sakit yaa jd kalau berani cuba saja rendam kaki kamurang.

    Bawa payung sebab panas sangat atau kerusi healing sbb tiada kerusi di sediakan.. ada kerusi kayu tp 2 sahaja dan sangat rapuh.
    Paip cuci kaki ada di sediakan.
    Baja ikan Rm1.
    Jambatan gantung blm blh naik sbb masih di buat kata staff sana.

    Recommend untuk dtg hehe.

    (0) (0)
  3. Pengalaman menarik untuk merasai betapa jinaknya ikan-ikan bersaiz besar mengelilingi kaki dan ada juga yang menggigit. Tiket masuk untuk dewasa RM5.00. Cuba rasai sendiri. Pakai selipar lebih mudah.

    (0) (0)
  4. Baru rasa berbaloi jalan jauh. Ikan kelah banyak dan besar2, keli besar 2 ekor, lampam pun banyak. Easy access, tak perlu berjalan jauh. Kids friendly

    (0) (0)
  5. Seronok kaki digigit ikan2 jinak kat sungai tu walaupun geli geleman. Perjalanan lebih kurang 40minit dari Kundasang.

    Tiket masuk rm5 seorang. Boleh beli makanan ringan seperti pisang goreng n fishball. Makanan utk ikan rm0.50 sepeket utk umpan ikan.

    (0) (0)
Masukkan ulasan
Tagal Sungai Moroli Tagal Sungai Moroli
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)